Sep 11, 2010

Ini Raya ke Apa Ni?

Common ah kalau orang kata makin kita besar, raya makin tak best. Dulu-dulu time raya bole dapat duit raya, main mercun pun tak risau polis (sebab tak bodo main mercun bola pegang ngan tangan, tak macam budak skang), leh jumpa cousin & sama-sama gi mendajal. Dah besar ni mana nak dapat lagi buat camtu. Nak kena penyepak apa gi umah orang mintak duit raya, hahaha.

Tapi raya akan jadi super-duper tak meriah bila family tak berkumpul & lebih senang meraikan Aidilfitri kat shopping complex instead of berkumpul bersama keluarga. Ini mana punya budaya la dibawak ni. Kan baik kalau ada cadangan shopping complex ditutup pada Aidilfitri, hahaha.

Sudah-sudah la tu, raya ni elok la kita bermaafan :)

Sep 10, 2010

Dialog Satu Malam..

"Oklah mak, nak balik dah ni. Lambat dah."
"Ok, baik-baik jalan tu."
"Selamat Hari Raya mak." (sambil salam cium tangan)
"Selamat Hari Raya. Tak balik langsung la ek raya ni?"
"Tak la, sebab Rabu dah keje."
"Balik la kemudian-kemudian pulak. Sian kat wan."
"Tengok la, tak janji. Tak pun balik masa kenduri Pak We Rahim nanti."
"Lambat sangat tu.." (mata dah berkaca-kaca)


Hek eleh, tu pun nak syahdu. Betul la orang kata, makin tua makin jati diri tak kuat. Hahaha..

Selamat Hari Raya ye Mak & Abah, Maaf Zahir Batin (dari angah & izma)

Sep 9, 2010

Menunggu Azan..

Burp sudah untuk sahur yang terakhir tahun 1431H ni. Dah hujung-hujung ni biasa la, simple jek mendenye. Nak masak pun dah takde mood sangat. Ni tengah menyandar sambil tunggu azan. Kalo lentok ni kang, maunye kul 9 baru terjaga.. (saat entry ni abis ditaip, subuh kat surau dah masuk rakaat kedua tengah qunut. penulis masih lagi menaip. konon sangat tunggu azan, macam la smayang kat surau..)

Al-kisah, semalam aku cam terngidam. Takde la ngidam sangat, just lama tak makan je. Ngidam Spicy McChicken, tak bleh blah betul. McD tu ada la sepelaung je, nak pegi boleh sangat. So pas balik keje tu meneman wifey ke klinik jap amik ubat apa yang patut. Dalam kul 6:05 camtu settle. MIL lak kirim balang kuih IKEA, yang beli hari tu tak cukup. Pikir punya pikir, gerak ke IKEA dulu la. Sebab bajet mesti McD ramai orang nak bukak puasa. Kiranya nak berbuka kurma ke apa-apa dulu la, pastu dalam kul 8 baru gi McD. Ok la kut, foolproof plan dah tu. Kat IKEA pun tak la lama sangat, memang semata-mata carik balang tu je. Akak ipar pun ada kirim kuih raya IKEA, tapi sori la ye akak. Kuih raya sudah habis ditelan zaman, sikit abuk pun takde. Serdak kuih pun diorang jual gak, dasar kapitalis betul. Pas bayar tu, kitorang gi usha McD seberang jalan kat Curve. "Macam tak ramai orang je.." Change of plan, letak barang kat kete pastu terus gi McD. Agaknya sebab ramai dah balik kampung, so yang tinggal kat KL ni hanyalah orang yang takde kampung, tak reti nak balik kampung (Si Tanggang) ataupun kampungnye area-area situ jugak (i.e: kitorang). Ternyata foolproof plan tadi tak baper foolproof, hahaha..

Bantai Spicy McChicken medium (air tukar milo), Big Mac medium (pun air tukar milo jugak), nugget 6 ketul, sundae vanilla plain satu. Damage was RM33.80. 7:20 lebih kurang ada announcement kat PA system. "Assalamualaikum kepada pelanggan kami yang beragama Islam dan puasa sahaja, sekarang anda boleh makan." Camtu la lebih kurang, aku tak ingat sangat ayat dia. Dalam 7 minit, Spicy McChicken itu tewas di tangan aku. "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai..", rungut hati aku sambil memandang Spicy McChicken yang tinggal sisa.

Rewind dalam 4 jam sebelumnya..

"Weh, aku bosan ni. Kita mintak ngan Abang Azam permission balik awal nak tak?"
"Setuju!!" (suara ramai)
(lepas 10 minit)
"Abang Azam, kitorang nak mintak permission balik awal. Hati dah takde kat ofis pun ni, kut ye pun kitorang tak buat keje sangat dah hehehe. Boleh ek?"
"Saya pun sebenarnya nak tanya korang semua ok tak kalau kita balik awal hari ni, sebab saya pun nak balik awal"
"Cayalah!!" (suara ramai)

Rewind lagi 5 jam sebelumnya..

"Malas buat keje. Bukak IDE ngan database ni pun sekadar buat syarat.." Jari click browser, bukak list bookmark, select Facebook.

Sep 1, 2010

1956

"Happy Birthday - dari angah & Izma"
"Terima kasih. Ingatkan dah lupa. Kirim salam ima."
"..."


Dia ingatkan aku lupa? Tanggungjawab pertama anak lelaki tu kepada emaknya tau mak, hehehe..