May 19, 2010

Pergh, Siap Buat Video *toot*

Aku sudah mula merasakan "project rush". Ini ialah sejenis feeling yang hanya didapati bila korang tau project korang dah/almost behind schedule. Project rush ni membuatkan aku rasa tambah semangat nak keje, sebab aku nak make sure & buktikan aku dapat deliver jugak sebelum deadline. Rasa macam ada satu feeling of satisfaction bila dapat deliver project dengan jayanya.









Mukadimah panjang-panjang ni sebenarnya bertujuan nak bagitau yang aku dah start busy, tu je. Ngahahahaha..


p/s: natang follower ni apa ek? adakah sejenis medium untuk ko show-off kalau follower ko ramai? kalau dengan ramai follower ni boleh membuatkan aku jadi menteri kabinet atau penguasa polis cawangan jenayah berat D9, aku pun nak start tambah follower la gini.
p/s/s: tajuk memang takde kena mengena dengan entry

May 17, 2010

Dah Lain..

Bukak bahagian Dalam Negeri akhbar arus perdana hari ni. Nampak citer sorang pelajar rancangan nyanyi-nyanyi realiti TV (yang tak baper best pun) terkeluar. Pastu kat bawah sket, ada citer pasal rancangan nyanyi-nyanyi realiti TV lagi (yang sedap la sikit berbanding yang mula-mula tadi tu). Kali ni citer pasal sorang cikgu membuang anak muridnya.

Citer camni pun nak masuk dalam bahagian Dalam Negeri ke? Letak kat bahagian Hiburan je sudah la. Apa dah takde citer sangat ke Mesia ni sampai citer-citer camni pun dikategorikan layak masuk bahagian Dalam Negeri.


Dan skang aku paham kenapa kalau ada iklan mari membaca kat TV tu, baper kerat je yang dalam iklan tu tengah baca sokabar. Yang lain sumer baca buku ke, majalah ke. Udah sokabar pun bukak citer sampah kat bahagian Dalam Negeri, nak wat camne..

May 13, 2010

Abis Dah?

Adamaya last hari ni? Biar betik..


- berusaha mencarik kat mana boleh download siri ni (seperti yang direquest oleh wifey)

May 12, 2010

Privacy La Sangat Kononnye..

Angin pulak aku dengan orang yang disable right-click kat blog/web page dia ni. Kalau right-click, kuar la alert "Jangan curik!!" / "No right-click please" / "Hak cipta terpelihara" dan alert-alert tak cerdik lain yang sespesis dengannya. Ntah apa tujuan aku pun tak tau, tapi aku rasa untuk tak bagi orang copy gambar ke takpun script-script menyemak dia. Bajet-bajet hacker la tu konon dapat disable right-click tu. Aku rasa masa dia berjaya buat ni, sure perasaan dia macam Neo dapat masuk dalam Matrix. Ataupun macam Afdlin Shauki masukkan password dalam flash animation bodo dalam citer Buli Balik. So, a bit of enlightenment..

Internet Explorer: click kat View > Source
Mozilla Firefox: tekan Ctrl+U
Google Chrome: sama macam Firefox

Nak lagi ganas, install extension Firebug kat Firefox. Bukak window Firebug ni, pastu select je gambar yang korang nak copy. Nanti dia highlight kat window Firebug tu, pastu korang copy je link gambar tu & paste kat browser window baru. Dah dapat view gambar tu nanti, right-click pastu Save As.


Puas ati aku (sila bayangkan aku tengah gelak dengan nada macam orang jahat yang nampak awek ranum meronta-ronta dalam citer Pak Usop).

May 11, 2010

Pelanduk

Di satu petang tatkala menyaksikan perlawanan badminton antara Datuk Lee Chong Wei dengan K. Tago (player Jepun) sambil minum teh..

Aku: Korang tau tak muka player Jepun ni macam sape?
Rizuan: Tak tau la.
Aku: Kalau aku cakap sure korang gelak.
Rasul: Sape?
Aku: Macam Eddie (sambil buat muka straight)

diam beberapa saat..

Kitorang: Hahahahahahaha!! (gelak tak ingat)
Rizuan: Hidung ke bawah, memang sama. Hahahaha..


Orang-orang M3 sure paham punya..

Di Kala Kebosanan Menghadap VB2008..

- AF dah start? Apesal macam takde sambutan je hahaha. Dah-dah aa tu, rentikan jela mende ni. Budak yang masuk pun bukannye sedap sangat nyanyi. Bunyi air-cond opis aku yang tak berapa nak sejuk ni pun lagi best. Tengok, ada jugak advantage takde Astro kat rumah. Takde la aku disogokkan dengan rancangan tah ape-ape. Alah tapi ramai je aku rasa orang yang rumah ada Astro, tapi tak tengok pun benda-benda berfaedah. Tak abis-abis layan MTV, berita semasa tak tengok pulak. Buang jela Astro tu, budget bulan-bulan tu buat beli buku berfaedah.

- Sian kat pak polis kena tangkap. Tak pasal-pasal je sebab follow SOP. Abis takde ke tindakan untuk yang bagi bawak kete tu? Takkan lepas camtu je kut, dua-dua side la kena. Baru adil, kan? Jangan merajuk je polis, saya masih menyokong anda semua sebagai tunjang keselamatan negara cewah. Tapi jangan la berlagak pulak okeh, tahap inspektor tu jangan la ingat pangkat dah besar macam ketua polis negara. Eh tapi aku jumpa polisnye tu takde la berlagak, tapi kaum kerabat dia yang poyo lebih. Ape kes tah..

- Dah keje bertahun-tahun, blaja tinggi-tinggi. Tapi asal speaking je, slalu sebut "it's mean". waddehel. "It means" la bongok. Tu belum lagi aku soh explain past participle bagai tu. Muka blagak cakap omputeh, tapi berterabur bagai hehe. Bajet KL sangat aa tu dapat speaking?

- Baru-baru ni Facebook kena block. Lantak la, aku bukan tengok Facebook sangat pun kat opis. Bukan pengguna Facebook yang tegar la kiranya. Ada setengah orang nak nengok cafe la, kebun la bagai. Soh berkebun betul taknak pulak. Kalau berkebun betul, dapat jugak hasil kangkung goreng belacan ke. Tapi dah Yahoo Mail aku pun kena block sebab ada folder Facebook.com. Hati membara la, ape lagi. Block domain level dah la, yang gi block kat URL tu watpe. Maka terimalah padahnya.

- Dalam mood dok menunggu refund check dari LHDN. Memandangkan aku tak tipu claim, maka takde la rasa takut dalam diri ini. Oo baru pas submit claim travel allowance, kira-kira patut dapat RM249. Mintak-mintak approve la.

- Susah doo buat project planning ni. Naik berpinar dah mata aku dok ngadap Excel sheet. Mane nak letak manpower, nak letak expected internal test date, nak letak pilot test date. UAT la, SAT la, GAT la. Aki aku keje toreh getah takyah guna Excel pun. Aku rasa nak bagi dia PC satu la, biar dia boleh calculate & buat summary hasil torehan getah dia dan merancang strategi untuk memantapkan pengeluaran susu getah. Alasan untuk suruh bapak aku pasang broadband kat kampung dan membolehkan aku online hahaha..

May 7, 2010

Adamaya Inggapa Yennadey!!!

Adamaya. Ini cerita sudah membuatkan wifey melekat depan TV dari kul 6:30pm sampai la 7:30pm. Dari hasil risikan yang aku dapat, citer ni kesinambungan kepada citer I'm Not Single yang best tu (ok fine, aku tengok I'm Not Single. Farid Kamil & Lisa Surihani look good together okay). Actually memula aku tak rasa citer ni best pun. Reason aku rasa citer ni tak best senang jek, sebab hero dia bukan Farid Kamil hahaha. Tapi aku tengok wifey dok layan khusyuk je, so aku try la layan jugak. Best la pulak even though aku layan tu slalu putus-putus. Abis nak buat camne, aku sampai rumah pun besernye kul 7pm. So dapat la tengok sekerat jalan je, tu pun buat-buat paham la jalan citer tu. Aku suka citer ni sebab dialog dia macam percakapan orang biasa, takde la dialog-dialog klise macam yang biasa kalau citer sorang pengarah ni buat. Skang ni anak dia buat filem, dah anak dia pun terikut dialog macam bapaknye jugak. Aku dok pikir, 'fail betul la, takkan ko jumpa kawan-kawan ko pun ko cakap macam tu kut..'. Tapi ntah la, dia punya filem. Lantak dia la nak buat dialog macam mana pun. Sibuk benar aku, filem kamera pun aku dapat 1 roll je wahahaha. Ada hati nak komen-komen hasil keje orang lain. Eh waddehel melalut citer pasal filem, sambung balik. Pastu aku suka sebab scene dia memang macam kehidupan biasa yang berlaku. Takde la scene naik motor Harley tepi empangan ke, scene polis tembak orang jahat berbutir-butir peluru tapi satu pun tak kena ke. Simple and really depicts what happens in real life scenario. Sebab tu kut aku rasa aku leh connect ngan citer-citer camni, dan sebab tu gak aku rasa aku leh layan citer Afdlin Shauki & Mamat Khalid (ok untuk 2 orang ni tambahannya ialah, lawak terlampau bangang dan aku boleh gelak gile babeng. ape hal citer pasal penyalahgunaan pemberian subsidi baja masa kampung tengah kena serang zombie, hahaha..).

Mother's Day pulak Ahad ni. Konon-konon plan nak belanja parents aku makan la, tong-tong duit ngan abang aku. Lom dapat lagi tempatnye, bajet pun sorang RM100 je max haha. Kedek gile. Sekalikan dengan Father's Day celebration la ni kiranya. Kopak la kitorang nak buat asing-asing event. Event untuk in-laws akan menyusul la nanti kut. Tapi tu biasanya tunggu chief of event (iaitu akak ipar aku) bersuara la ngehehehe. So untuk mak dan abah & mak dan ayah, Happy Mother's & Father's Day respectively.

Citer pasal paintball pulak. Supposedly esok ada game, supposedly la. Sudahnya last minute ramai pulak yang cancel main. Fedup dah aku nak organize camni. Mula-mula je ramai semangat nak main, skang ni nampaknya yang betul-betul maintain main 4 orang je. 4 orang camne nak organize event, nak form 1 team je boleh la. Beria la kata nak speedball la ape la, aku ni dok la tanye brader tu ada orang booking ke tak tempat speedball tu. Alih-alih tengok cancel pulak. Banyak kali dah jadi camni pun. Penah sekali pun kata confirm main, alih-alih pagi hari game tu tak datang pulak dah. Short player, 4 lawan 3. Jadah apa 4 lawan 3, mana nak balance. So dengan ni aku retire dari organize event paintball. Tensen doo penat-penat organize tapi orang tak join. Walaubagaimanapun, aku tetap akan join as a player kalau ada invitation & kalau tak clashing date dengan apa-apa plan aku. Best gile sebenarnya main paintball ni, memang boleh build up team co-ordination. Dengan paintball jugak la ko boleh tengok mane staff ko (cewah, mentang-mentang ada staff sendiri skang..) yang boleh dengar arahan, mana yang jenis degil, mana yang buat apa-apa tak pikir dulu etc. Maka nasihat dari Kerajaan Malaysia, mainlah paintball dan jangan lupa ajak aku sebelum aku menggantung seluar camo dan glove hihihi.. (sponsor aku main sangatlah dialu-alukan)

May 4, 2010

Mobile blogging from home

Update dari rumah parents. Tengah memformat laptop abah yang kena
virus. Aku ni dah bleh consider it technician family la. Ada la
apa-apa problem kat pc, aku la tempat mengadu huhu (abis kalo pc aku
yang rosak, aku nak ngadu kat sape..). Bosan tunggu abis format dgn
install windows, berblogging la kejap.

Mari sambung jadik technician..

--
Sent from my mobile device

MVC Oh MVC..

Bosan gile aku dok mengadap coding MVC ni..

Ok la tu, dah lama kata nak blaja coding MVC. Asek dok buat spaghetti code jek, sampai bila plak nak guna framework. Dah ada can ni, gunakan jela. At least bleh tambah skill dalam resume hehehe..

Oo lupa, sabtu ni paintball yek. Tentatively la, tak tau la kut cancel lagi ke. Short player jugak ni, tak cukup lagi 2 orang (nak ajak sape yek..?).


- cancel dah pun paintballnye. asek takde orang je. bersara dah aku dari arena organize paintball ni. tapi kalau ada game ajak aku tau.

May 3, 2010

Anniversary, Bandung, Rumah dan Income Tax (Sila Carik Persamaannya)


Lama gile tak berblogging, huhuhu..

Update terbaru ialah, aku tukar keje (lagi). Tapi berbeza tukar keje kali ni ialah aku naik position, so rasa agak berbaloi la tukar tu. Ni dah masuk bulan kedua pun, so far not so good hahaha. Plan nak carik keje lain lagi. Bukan apa, aku rasa aku tak sesuai ah keje kat sini. Workload ok jek, takde la aku kena balik tengah-tengah malam pun. Just that aku rasa aku tak sesuai kat sini (dan ada la sebab-sebab lain lagi). Pasal tempat keje lama pulak, ikutkan aku takde la rasa nak tukar keje sangat pun. Keje aku kat sana dah ok. Gaji memang macam yang aku nak, tiap-tiap tahun ada increment, bonus pun ada, colleagues sumer ok. Tapi tak ok kat part management hahaha, dan membuatkan aku calo. Takpela, daripada aku dok sakit hati hari-hari baik aku blah ye tak. Win-win situation untuk diorang dan juga aku.

Anyway, bulan 3 hari tu aku menyambut anniversary yang ke satu. Konon plan asal nak gi Cameron, tapi lupa lak masa tu cuti sekolah. Harapan la nak dapat hotel yang kosong, aku tanya habis sumer fully booked. Konon-konon nak pegi la jugak redah, tapi memikirkan nanti kat atas tu bersesak so plan tu dibatalkan ditangguhkan. Kepada sayang, nanti akan ada proper anniversary celebration yek.

So sudahnya hari tu kitorang pegi KL Tower, sebab sayang aku ni tak penah pegi seumur hidup dia. Aku penah pegi dah dulu, takde la rasa best sangat pun. Setakat naik atas tu pastu tengok-tengok KL (google map ada, tengok dari situ je sudah..). Tapi aku last pegi tu pun masa aku sekolah rendah, ada la lebih dari 10 tahun. Banyak pulak benda baru rupanya kat situ. Dah ada mini zoo la, main kete F1 la, naik keldai la. Konon plan nak ajak gi makan kat Restoran Seri Angkasa atas tu, tapi tengok dinner package dia pun sorang dah RM75+ ke baper tah. Cancel terus. Review pun kata takde la best sangat makanan dia, setakat atmosphere je yang best. Alah nak atmosphere best, umah sewa aku skang pun best apa. Tingkat 22 tu, tinggi gile. Tarik je meja gi tepi tingkap, pasang lilin sebatang, tutup sumer lampu. Dah dapat scenario candle light dinner on the sky, wahahaha. Not to say aku tak romantik, tapi sebab benda dah ada. So improvise je la kan untuk mendapatkan suasana huhuhu. Ok la kat KL Tower tu, sampai ke petang jugak la kitorang kat sana. Kul 4 camtu kitorang cabut ke Curve pulak. Curve tu menghabiskan masa la kiranya, gi tengok movie & dinner. Dinner kat restoran nama Chocolate ke apa tah. Makanan so-so, tak padan ngan harga pun. Aku rasa sebab speciality dia coklat, yang kitorang gatal gi order entrees ngan main course. Tapi coklat stroberi dia sedap la jugak. Abis makan tu gi tengok movie (pertanyaan kepada wifey: citer apa ek..? update: Citer The Green Zone, best gile. Matt Damon berlakon. muka baby face takde tokoh jadik askar, jadik special force jek sudah mcm dlm Bourne series tu) kat Platinum Suite Curve. Menghabiskan masa sejam jugak la, sebab kat situ ada free Internet, massage chair & ape-ke-benda lagi tah. So suggested kalau korang gi tengok movie kat situ, masuk sejam (atau 2 jam) awal dari waktu movie untuk enjoy mende-mende ni. Bayar mahal tapi tak guna buat apa.

Last month lak, first time aku naik ketebang gi obersi (note: naik ketebang banyak kali dah, naik ketebang gi obersi yang first time). Takde la obersi sangat pun, Indonesia jek (atau lebih tepat, Bandung). Wifey first time naik ketebang dan juga melangkah kuar Mesia. Sian gak aa tengok dia takut masa ketebang tu take-off & landing, sebab tak penah ada experience kena gegar-gegar camtu hahaha. Aku lak dok takutkan dia kata kalau kena air turbulance, lagi takut sebab ketebang gegar kuat gile huhuhu. Dalam kul 10:30am local time, kitorang landing (Mesia kul 11:30, kita sejam awal). Jadik darat la kejap amik-amik gambar kat ketebang tu, sampai kena marah ngan ground crew sebab melambatkan diorang nak load on baggage orang yang nak balik ke Mesia pulak. Masa beratur untuk check kat kastam tu pulak, insiden klakar berlaku. Kitorang ada letak kuih pau dalam beg. Pak kastam ni nampak kat monitor dia, dah suspek dadah ke apa kut. Abis kena bongkar mende tu. "Ini apa, makanan ya?" sambil buat gaya acu tangan ke mulut. Kuar je dari airport tu, abis kitorang gelak gile. Tak sangka lak pau tu boleh jadi isu. Ha pastu, betul-betul masa landing balik kat LCCT tu (ye, saya naik AirAsia) ada air turbulance hahaha. Kepucatan jelas terpamer di muka wifey. Air turbulance tu disebabkan ada ketebang Singapore Airlines yang baru naik, so angin dia tu tolak ketebang kitorang yang tengah nak landing ni.

Kat Bandung tu kitorang ada la shopping sket-sket. Tapi aku lebih kepada nak survey harga barang etc. Ada gak plan nak datang balik pastu borong mende yang murah-murah kat sana & jual kat Mesia. Aku plak dok membayangkan boleh dapat t-shirt harga RM5 selai, sekali takde pun bai. Abang ipar aku kata skang dah naik harga, dulu-dulu boleh la dapat camtu. Pesal la dulu-dulu aku tak terpikir nak gi Bandung, kalau tak dah jadik bisnesmen dah aku skang ni. Tapi camne pun, harga tetap murah dari Mesia. Abis merata la factory outlet tu kitorang masuk. Kaki ni sampai lenguh-lenguh dah. Pastu pegi jugak Tangkuban Perahu, sebab orang kata best. Lawa gak la, nampak ada asap-asap sulfur tu. Dah namanya kawah gunung berapi, sahih la ada sulfur. Sape yang agak-agak tak tahan bau belerang tu, boleh la skip tempat ni dari agenda. Tapi tobat la aku tak pegi dah tempat ni. Bukan tak tahan mende, tak tahan ngan ulat-ulat penjual barang tu. Dok ngekor je kitorang gi mana, padahal mulut aku ni berbuih dah cakap aku taknak ngan barang-barang diorang tu. Aku ni pikir sebab tempat orang, so malas la nak sound sangat. Aku senyum jela elok-elok pastu cakap taknak. Kalau kat sini diorang buat camtu, mau kena bahasa ngan aku dah agaknya. Memang menguji persediaan mental dan fizikal tul nak ngadap diorang tu. So advise aku, korang takyah la pegi Tangkuban Perahu tu. Wat sakit ati je nanti. Hari seterusnya lak, diabiskan ngan shopping. Alah ikutkan, 90% agenda shopping je. Akak ipar aku tu dah macam orang Indon lak aku tengok, ape tempat yang dia tak tau. Aku rasa kalau kitorang tinggalkan dia kat sana pun, dia boleh survive kut. Laju je berborak dengan pak supir tu. Tapi bila tanya balik, rupanya dia pun tak paham apa yang pak supir tu cakap hahahaha.

Gi sana kitorang stay kat guest house, nama dia Orange's Home. Elok la pun sebab ikutkan tentatif program pun kitorang kuar bekfes dalam kul 8am, balik ke bilik tu kul 10pm. Ape hal sampai 14 jam kuar shopping hahaha. So memang la tak berbaloi nak amik hotel mahal-mahal kalau program korang tu nak shopping. Bilik tu guna untuk mandi, tukar baju ngan tido je sudah. Swimming pool sumer tu takyah, bidaah je tu dari segi hukum shopping. Korang adalah digalakkan untuk beli sebotol air mineral sorang, sebab air mineral pun rege singgit lebih (5000 rupiah, dalam singgit tiga posen). Bukan sebab berkira dengan singgit tu, tapi sebab nanti duit rupiah abis. Kalau kat Mesia lain la ada ATM, takde duit cucuk jela. Kat sana nak cucuk jadah apa. Eh tapi ada CIMB Niaga, tak sure pulak kalau masuk kad CIMB sini boleh kuar duit ke tak.

Ni pehal panjang benar update pasal Bandung ni..

Update pasal rumah pulak. Rumah aku dah nak siap, physically. Aku tengok diorang dah buat final touch up dah pun. Structurely, aku leh kata dah siap la. Tapi administratively, belum pun. Sebab baru la minggu lepas aku gi bayar deposit air dengan api, terbang la RM390. Dengar citer kata CF dapat ujung tahun ni. Aku memang dah prepare pun, boleh gak aku kuar duit KWSP buat tambah bayar loan rumah (agenda tersembunyi, duit tu akan digunakan untuk buat kitchen cabinet & plaster siling). Kut dapat belas-belas ribu ke, banyak gak modification boleh dibuat huhuhu.

Income tax, baru settle Jumaat lepas. Betul-betul last day tu la baru aku buat, perangai tak berubah dari tahun lepas. Actually aku dah fill in awal-awal pun, cuma aku tak digitally signed je borang dia. Malas nak sign awal-awal tu sebab aku kena bayar lagi RM290. Tapi minggu lepas aku tergerak la nak tengok balik mende tu, rupanya ada lagi mende yg aku tak claim hahaha. Lepas claim sumer tu, dapat la aku refund RM100+. Memula tu ingatkan refund RM700+, aku dah nak naik gile dah (plan beli facemask paintball hahaha). Tapi rupanya RM100+ je. Takpela, duit gak. Mekasih ye Ketua Kerajaan Langit, bagi aku rezeki. Kalo nak cara-cara isi e-Filing tu, sila gi kat sini (link dapat dari Azhar). Akak ni tax agent, so apa dia cakap tu betul la. Alah korang isi jela ikut cara dia tu, jangan banyak bunyik boleh tak. Tahun depan akan make sure dapat refund lebih dari tu, huhuhu.
Nota: Saya tak tipu income tax, saya hanya claim apa yang memang saya boleh claim. Resit sumer ada tersedia.

Ah panjang la pulak update, penat dah aku. Nanti la aku sambung lagi, bulan ogos nanti aku update lagi wahahaha. Untuk gambar, silalah menghadap blog wifey. Aku memang malas nak bubuh gambar.

p/s: pak supir kitorang hari tu nama dia Pak Asep, muka dia macam Nas Ahmad. aku ada tergerak nak tanya ada tak dia terjah mana-mana artis, tapi tak sampai ati pulak. baik orangnya ni, tolong aku & wifey pilih kek kukus kat ape-tah-nama-kedai-tu (wifey, sila refresh memori saya. update: Kartikasari. sebelah meja kitorang tu ada awek 2 orang, adik ipar aku dok usha pastu curik-curik amik gambar)
p/s/s: supir supir pun, ada facebook nih!! tapi aku add sampai skang dia tak accept, hampeh tul.