Oct 27, 2010

Such A Real Bummer..

Petang tadi aku mendapat perkhabaran dari adik aku mengatakan seorang atuk sedara aku baru je kembali ke rahmatullah. Atuk sedara yang aku panggil Aki Ngah ni ialah seorang yang senang nak dibawak berborak, agak friendly, tapi bukan jenis nonsense. Mukanya redup, bibir macam senyum je manjang, cakap plak tak tinggi suara. Agak pleasant untuk didekati la kiranya.

Aku baru je jumpa dia Ahad lepas, sempena kenduri anak dia kawen. Masa aku jumpa dia tu pun, dia agak lemah. Duduk je kat kerusi melayan tetamu. Biasanya kalau kenduri dia la master chef. First time sebenarnya aku nampak dia dalam keadaan fragile camtu. Yela, tak biasa tengok dia duduk je camtu. Biasa tu nampak dia ke sana sini, angkat itu la ini la.

Nak ikutkan, aku takde la close sangat pun ngan dia. Jadah apa nak menggedik ngan atuk sedara. Ngan atuk nenek sendiri lain la, hehe. Tapi sebab Aki Ngah ni pandai mengurut sket-sket, so dia agak popular la. Aku pun asal terseliuh sikit, memang dia la yang dituju kalau kebetulan balik kampung. Demam, mintak air penawar, tu sumer dah kebiasaan. Aku pun sebenarnya tengah dalam treatment dia. Treatment orang yang dah kawen je tau, yang lom kawen dok senyap-senyap hehehe. So bila dengar berita tadi, agak shocking jugak la. Yela, aku ni berhajat la jugak nak bagitau dia personally kalau-kalau treatment dia menjadik. Tapi apakan daya, dia lebih disayangi.

Yang aku agak terkilan, takde sapa-sapa di kalangan sedara-mara yang ada blaja ilmu perubatan ngan dia. Kira dia ni takde pewaris sebenar la. Sayang ilmu tu hilang begitu saje. Abis pasni kalo jari aku terseliuh, aku nak berurut ngan sape?

Anyway, semoga dia aman kat sana. Wish him all the best and may God bless him. I will surely miss you Aki Ngah, especially your God-like delicious lemang. RIP and till we meet again, hopefully..

p/s: tipu ah kalau kata aku tak sedih. menitik gak air mata 3-4 titik pas smayang zuhur tadi. ternyata aku bukan robot..

Oct 11, 2010

Ada Apa Dengan Mess-Night




Ini ialah parodi. Sape yang paham akan tergelak-gelak, yang tak paham akan terkulat-kulat. Tuan empunya diri pulak akan berasap telinga :D

-----------------------------------
Apa best sangat dengan fine-dining tu sampai orang terberak-berak nak pegi?

Buat orang kebanyakan yang bukan aristokrat/isteri atau suami kepada aristokrat, fine-dining merupakan satu malam di mana ko dijemput untuk attend satu majlis dinner yang bosan gile dan penuh istiadat, so called. Mende ni dihadiri oleh aristokrat tu sendiri dan juga pasangannya. Pasangan di sini bermaksud isteri pertama/suami ye, bukan couple. Kalo baru couple, takyah ngade nak bawak. Isteri kedua dan seterusnya tak bleh, sebab isteri pertama je yang layak dipanggil 'Puan' dalam geng-geng ni. Konon sangat la, padahal kena madu jugak pun. Ape la sangat panggilan 'Puan' tu kalau dah dimadu. Laksana orang nak terberak tapi geli nak masuk toilet mamak..

Dalam fine-dining ni, takleh dengar bunyi sudu/garfu berlaga masa makan tu. Kira konon-konon makan tu tertib la, kena control ayu bagai. Kalau nak gelak pun, kena gelak sopan sambil tangan tutup mulut. Takleh gelak huha-huha sampai terbalik meja, nanti kena tikam ngan garfu. Kalo para aristokrat tu pakai pakaian formal berkot night dress bagai, yang pasangan pulak kena vogue de vas dan gojes. Untuk jadi vogue ni, mengikut firasat diorang haruslah kita berhabis duit beli baju baru setiap kali ada fine-dining (membazir itu amalan syaiton).

Fine-dining ni pulak katanya biasa dibuat di hotel atau ballroom yang berbintang-bintang, kat meja dah ada nama masing-masing. Sian pulak rasanya kat orang yang kemaruk sangat nak gi fine-dining ni, sah jenis yang tak biasa makan kat hotel. Aku cam muak dah makan kat hotel, masa kena installation kat hotel 2 bulan dulu hari-hari aku makan kat hotel. Takde pulak aku tengok kesopanan sangat orang makan kat situ. Slamber je ketawa kuat-kuat, baru enjoy.

Pastu para aristokrat ni dilatih untuk guna sudu/garfu yang betul. Ni orang kata macam table etiquette la. Pasangannye pulak yang kalau datang dari ceruk mana tah tu, kena la diajar camne nak pegang sudu garfu tu. Jangan pulak nanti salad spoon dibelasah buat makan main course.

So called..


Bagi aku la, takde la best sangat fine-dining ni. Rasa tak puas nak bersembang ngan kawan-kawan. Lagi elok dok kat McD ke mamak ke (William's yeah!! bila nak gi lagi?), pastu leh gelak sampai terbalik dunia. Takde orang nak sound, takde orang nak pandang-pandang. Duduk berjam-jam, order air 3-4 gelas, nasik dah lama abis, tapi takde pun kena halau. Berborak tanpa ada control ayu, memang nikmat dunia. Tapi untuk orang yang sangat menjaga tata-tertib sampai rasa tak sesuai pakai seluar track nak gi bandar Klang, adalah tak digalakkan join sesi mamak-ing ni. Yelah, orang ayu sesuai makan kat restoran sedap-sedap je. Ape kelas mamak, paling-paling pun KFC la.

Antara fine-dining yang aku penah pegi, masa konvo aku hari tu. Makan ngan Tun Mahathir (idola gua!). Walaupun rasa best sebab makan dihidangkan etc, aku tetap tak baper enjoy. Firstly because, portion makanan sangat kecik! Dah macam makan kuman. Ayam tu 3 kali suap, habis. Mane nak kenyang. Pastu pulak, dihidang salad tah ape-ape. Tekak Melayu aku ni mana makan mende-mende camtu. Otai Burger Ayam Double Special tu beratus kali lagi sedap dari salad yang dihidangkan. Mana nikmat makan kalau lepas suap ke mulut tu muka terkulat-kulat rasa pelik. Thirdly. Since mende ni course-by-course, ko takleh panggil waiter tu antar next course selagi orang lain belum abis makan. Abis tu camne, perut ni dah lapar (yela, ayam portion kecik!). Kena la tunggu orang lain yang makan maha lambat macam lahanat abiskan makanan dia, baru next course dihantar secara serentak oleh berpuluh waiter. Kalau hari-hari fine-dining, maunye ada kes kebuluran kat Mesia ni. Last thing, yang memang aku cukup anti, ialah takleh nak bersembang kuat-kuat. Hari tu tercakap kuat sikit pun orang dah jeling-jeling. Aku cungkil jugak bijik mata baru tau, macam la ko sepanjang masa cakap pelan-pelan penuh adab sopan gadis melayu oh yeah. Dan atas sebab itu jugak la, lepas fine-dining tu aku ajak member-member aku cepat-cepat keluar pastu bantai borak luar hall.

Tu lah dia serba sedikit perihal hidup. Lagi best layan borak dengan member-member realiti daripada mengharapkan contest, Nuffnang (nape still harapkan Nuffnang, bukan ke laki ko bagi ko RM1k tiap-tiap bulan?) dan kawan-kawan blogger yang di alam maya. Kan susah kalau dah dipulaukan member :)