Angin pulak aku dengan orang yang disable right-click kat blog/web page dia ni. Kalau right-click, kuar la alert "Jangan curik!!" / "No right-click please" / "Hak cipta terpelihara" dan alert-alert tak cerdik lain yang sespesis dengannya. Ntah apa tujuan aku pun tak tau, tapi aku rasa untuk tak bagi orang copy gambar ke takpun script-script menyemak dia. Bajet-bajet hacker la tu konon dapat disable right-click tu. Aku rasa masa dia berjaya buat ni, sure perasaan dia macam Neo dapat masuk dalam Matrix. Ataupun macam Afdlin Shauki masukkan password dalam flash animation bodo dalam citer Buli Balik. So, a bit of enlightenment..
Internet Explorer: click kat View > Source
Mozilla Firefox: tekan Ctrl+U
Google Chrome: sama macam Firefox
Nak lagi ganas, install extension Firebug kat Firefox. Bukak window Firebug ni, pastu select je gambar yang korang nak copy. Nanti dia highlight kat window Firebug tu, pastu korang copy je link gambar tu & paste kat browser window baru. Dah dapat view gambar tu nanti, right-click pastu Save As.
Puas ati aku (sila bayangkan aku tengah gelak dengan nada macam orang jahat yang nampak awek ranum meronta-ronta dalam citer Pak Usop).
2 comments:
byknye update!
ye aku pon menyampah org yg suka disable right click. aku right click bukan nak save gamba dia pon..aku just nak bukak link or whatsoever ke tab baru..
last2 aku fedup, terus tutup je ah blog kecah mcm nih
-ini rina menggunakan id azhar :P-
sila install photoscape & letak watermark kat gambar memasing.
-ini kmie menggunakan id kmie :P-
Post a Comment