Jul 19, 2010

Haha, Sama Kes La Pulak..

ALOR SETAR: "Orang ramai diingatkan tidak keliru mengenai status daging import dari India kerana ia daging kerbau yang dijual pada harga murah, bukan daging lembu," kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.



Beliau berkata, ramai pengguna tidak tahu daging import India yang dikenali sebagai daging kotak dan dipasarkan secara meluas di negara ini adalah daging kerbau. Katanya, daging kerbau yang dijual di pasaran ketika ini juga dari gred biasa membolehkannya dijual pada harga lebih rendah menyebabkan ramai pengguna membandingkannya dengan harga daging tempatan. "Kita tidak mahu rakyat keliru dan menganggap daging kotak sebagai daging lembu sedangkan tidak ada langsung daging lembu dibawa masuk dari India.




Dan sesungguhnya cik wifey penah tersalah beli daging seperti yang dinyatakan oleh Pak Menteri ni. Berusaha la carik daging lembu kat Giant Kota Damansara, pastu nampak la ada 1 ketul daging dalam plastik. Beli tu sebab hajatnya nak buat mihun goreng daging. So bila dapat tu, hepi la jugak. Tercapai la hajat aku nak makan mihun goreng daging.



Sekali sampai rumah, tengok-tengok rupanya daging kerbau hahaha. Sudahnya, esok tu kitorang makan mihun goreng daging kerbau. Tu pun tak abis. Belen-belen tu bawak balik umah mummy, pastu adik abiskan. "Sedap gak mihun ni". Lantak ko la dik, sampai skang ko tak tau daging apa tu..

No comments: