Petang tadi aku mendapat perkhabaran dari adik aku mengatakan seorang atuk sedara aku baru je kembali ke rahmatullah. Atuk sedara yang aku panggil Aki Ngah ni ialah seorang yang senang nak dibawak berborak, agak friendly, tapi bukan jenis nonsense. Mukanya redup, bibir macam senyum je manjang, cakap plak tak tinggi suara. Agak pleasant untuk didekati la kiranya.
Aku baru je jumpa dia Ahad lepas, sempena kenduri anak dia kawen. Masa aku jumpa dia tu pun, dia agak lemah. Duduk je kat kerusi melayan tetamu. Biasanya kalau kenduri dia la master chef. First time sebenarnya aku nampak dia dalam keadaan fragile camtu. Yela, tak biasa tengok dia duduk je camtu. Biasa tu nampak dia ke sana sini, angkat itu la ini la.
Nak ikutkan, aku takde la close sangat pun ngan dia. Jadah apa nak menggedik ngan atuk sedara. Ngan atuk nenek sendiri lain la, hehe. Tapi sebab Aki Ngah ni pandai mengurut sket-sket, so dia agak popular la. Aku pun asal terseliuh sikit, memang dia la yang dituju kalau kebetulan balik kampung. Demam, mintak air penawar, tu sumer dah kebiasaan. Aku pun sebenarnya tengah dalam treatment dia. Treatment orang yang dah kawen je tau, yang lom kawen dok senyap-senyap hehehe. So bila dengar berita tadi, agak shocking jugak la. Yela, aku ni berhajat la jugak nak bagitau dia personally kalau-kalau treatment dia menjadik. Tapi apakan daya, dia lebih disayangi.
Yang aku agak terkilan, takde sapa-sapa di kalangan sedara-mara yang ada blaja ilmu perubatan ngan dia. Kira dia ni takde pewaris sebenar la. Sayang ilmu tu hilang begitu saje. Abis pasni kalo jari aku terseliuh, aku nak berurut ngan sape?
Anyway, semoga dia aman kat sana. Wish him all the best and may God bless him. I will surely miss you Aki Ngah, especially your God-like delicious lemang. RIP and till we meet again, hopefully..
p/s: tipu ah kalau kata aku tak sedih. menitik gak air mata 3-4 titik pas smayang zuhur tadi. ternyata aku bukan robot..
No comments:
Post a Comment