i. Pregnancy
Wifey dah pregnant 18 minggu. So far so good, takde banyak ragam sangat macam cerita-cerita orang lain. Ada yang dengarnya sampai muntah-muntah, loya bagai. Morning sickness la ape la. Tapi wifey elok je setakat ni, just hat selalu kena sakit kepala. Which is not entirely new. Sebelum pregnant pun selalu je kena sakit kepala tu, so bukan benda baru la pada aku. Cuma risau sket sebab dia kena diabetes. Doktor cakap, memang ada keadaan di mana masa pregnant ni ibu boleh kena diabetes. So kena la kawal pemakanan skang, takleh lebih sangat gula dalam darah. Reason takut nanti baby tu besar sangat. Kalo dah besar, of course la kena caesarean. Tu nak dielakkan la kalau boleh. Satu sebab bil mahal (haha, concern!). Pastu sebab leceh di kemudian hari. Pikir tak rasa sakit tu memang la, tapi takutnye banyak hal berbangkit kemudian. Wifey pun rasanya nak bersalin normal kut. Ke tak ek?
Tambah pulak dengan isu darah rhesus negatif dia. So nak kena standby injection bagai, taknak badan dia develop antibodi in case baby nanti darah rhesus positif. Hari tu dah buat dah checkup kat klinik kerajaan. Pastu bila timbul isu pasal diabetes ni, jadi susah pulak. Sebab kena selalu pegi, dalam sebulan tu tah ke 4-5 kali kena gi klinik. Takut nanti HR bising la pulak asyik cuti jek, so plan nak tukar gi checkup kat private jek. Baru 2 kali check kat private, doktor tu pulak advise suruh continue balik kat klinik kerajaan. Diorang kata sebab isu diabetes & rhesus ni, kerajaan lagi advance dan ada expertise nak handle. Tah ye ke tidak, aku rasa sebab diorang takmo amik risiko. Caye sangat la dengan swasta ni, pikir duit je yang lebihnya. Aku swasta jugak, aku tau la. Hahaha. Tak kisah la, janji ibu ngan baby selamat.
Semalam gi Hospital Selayang, sebab nak register untuk dapatkan injection rhesus tu. Jumpa doktor ada la 2 minit je, nak menunggu turn tu punya la kemain lama. Aku dah ngantuk tersengguk-sengguk dah tunggu. Masa nak balik tu nampak pulak banner pasal Full Paying Patient (FPP) scheme. Basically means, bayar sama macam hospital swasta tapi menggunakan hospital kerajaan. Boleh pilih sendiri doktor pakar yang mana kita nak, nurse yang disediakan pun yang terlatih, bilik sorang-sorang jek, waktu melawat anytime tak mengikut waktu melawat wad biasa. Pikir-pikir pun, alang-alang dah memang wifey kena bersalin kat situ, nak amik je kut scheme ni. Berhabis sikit takpela, janji dia selesa. Belum register lagi, so tak tau sangat butir-butir dia.
So far, dah 4 kali kut aku teman wifey gi checkup. Takde mende sangat pun, banyak duduk je menunggu. Time dia kena masuk jumpa doktor, aku dok je kat luar. Nasib bawak laptop, so sambil tunggu tu kut ada mende urgent ke hal opis boleh aku on laptop jap. Nasib baik gak dapat bos yang jenis memahami, so kalau cakap nak masuk lambat sket tu dia ok jek. As long as keje siap, sudah. Ikutkan semalam pun ada last minute meeting dengan client yang aku kena attend, tapi bos cover. Tau bos tak baca pun blog ni (macam la ada orang lain baca pun..), tapi camne pun nak ucap terima kasih jugak sebab bagi permission masuk lambat. Kesian jugak tengok ibu-ibu yang datang checkup sorang jek. Bosan gile menunggu lama camtu. Aku penah gak miss teman wifey checkup, so rasa bersalah la jugak. Nak wat camne, kengkadang tu ada mende yang urgent sangat kat opis yang aku takleh tak datang. So nasihat kepada kaum bapa yang lain tu, teman la isteri pegi checkup. Bak kata member opis, time sedap nak sama-sama. Time sakit tinggal jek isteri sorang-sorang. Hihi..
ii. Keje
Aku naik pangkat sket. Ye ke naik pangkat. Rasanya sama jek pangkat tu. Keje je yang bertambah, huhu. Officially, aku diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk menguruskan 2 projek baru. In other words, "Saya Kimi, Project Manager dan contact person untuk projek ni" akan menjadi ayat lazim aku hahaha. Riak melampau, tak baik. Alhamdulillah jugak, sebab bos percaya kat aku untuk manage mende ni. Projek kecik, tapi hopefully akan jadik batu loncatan untuk aku manage projek medium atau high scale lepas ni. Bohong jugak la kalau tiba-tiba je bos suruh manage projek besar.
Memang aim aku dari dulu pun nak masuk IT management, so dah terbukak langkah sket la di situ. Lepas 2 projek yang ni abis, kalau outcome dan feedback client bagus aku ingat nak mintak bos sponsor aku amik certification PMP. At least bila dah ada cert tu, senang sket nak dapat tender yang lagi besar. Hopefully la, tengok camne. Kalau tak pun, aku amik jela sendiri. Keluar duit sikit takpe la kut, melabur untuk masa depan. Mana tau pasni rezeki kat company lain ke hahaha, bila ada cert tu laku sket nak demand. Ceh takmo-takmo, aku nak maintain kat sini at least 2 tahun lagi. Banyak benda aku boleh belajar kat sini, rugi kalau tinggalkan. Well unless kalau company lain offer 2 kali ganda gaji la. Yang tu bodo pulak kalau tak grab huhuhu..
iii. Sebagainya
Nak ucap tahniah kat Parid sebab baru jek dapat kunci rumah baru dia. Tapi aku still merajuk sebab dia tak inform aku pun bila dia nak beli rumah tu dulu. Skang dengar citer value rumah dia dah almost sekali ganda dari harga beli. Gile apa, kalau jual tu boleh terus settlekan loan dengan ada duit berlebih banyak gile untuk buat downpayment beli rumah lain. Camni aa member, simpan sorang-sorang jek. Putus sahabat, hahaha. Gi melawat umah dia dalam 2 minggu lepas. Nice jugak ah, sambil tengok kontraktor buat keje. Pastu bagi input berguna pasal kat mana nak drill, apa nak ditukar etc. Overall, puas ati & tumpang happy dengan rumah dia.
Tahniah jugak kat Azhar & Rina, sebab baru jek dapat baby minggu lepas. Aku tunggu baby dah besar sket baru nak gi melawat. Awal-awal ni baby fragile lagi, antibodi tak kuat. Ramai sangat melawat kang, macam-macam kuman ada. Agak-agak dah sebulan lebih ke, pegi la tengok. Pasni bertambah la list ahli geng ikan bakar hehehe..
*ditaip berlatarbelakangkan pemandangan KLCC dan hujan yang baru reda*
1 comment:
saya takmo ler kena ceaser... :(
Post a Comment