She was born on 20th March 2012 or 27 Rabiul Akhir 1433 in Hijri calendar at 10:00am sharp. Weight on birth was 2.58kg, blood type B+. And this is the story of a girl named Hanan Zulaikha..
Sepanjang pregnant, aku dan wifey memilih untuk mengambil program Full Payment Patient di Hospital Selayang. Kebetulan doktor gynae yang kami pilih merupakan seorang doktor pakar dan ketua jabatan di hospital tersebut, maka kami menyerahkan apa yang terbaik pada pendapat dan kepakaran dia sebagai seorang doktor dalam menentukan keputusan berhubung kehamilan ni. Diberitakan pulak, wifey merupakan seorang yang berdarah rhesus negatif. Satu keadaan yang sangat jarang berlaku di kalangan orang Asia (5% of whole Asia) dan mempunyai simptom pregnancy diabetic.
Darah rhesus negatif ini akan boleh mendatang komplikasi kepada kehamilan akan datang jika bapa berdarah rhesus positif (aku B+). Secara ringkasnya, jika sistem imunisasi ibu mengesan bahawa fetus mempunyai darah rhesus positif, satu antibodi akan dihasilkan di mana sistem imunisasi ini akan menyerang darah rhesus negatif ini. Keadaan ini akan berlaku pada kelahiran pertama di mana terdapat kemungkinan darah ibu bercampur dengan darah bayi. Maka satu suntikan dinamakan rhogum diperlukan selepas kelahiran pertama untuk memastikan antibodi tadi tidak dihasilkan di dalam badan ibu. Keadaan pregnancy diabetec ini tambah menyulitkan di mana ada kemungkinan bayi akan menjadi terlalu besar jika paras gula dalam darah tidak dikawal. Kalau dah terlalu besar, maka kelahiran secara caesaran terpaksa dilakukan dan ini akan menambahkan kemungkinan darah ibu dan bayi bercampur.
So atas nasihat doktor (selepas scan dan pemeriksaan dilakukan), wifey akan dimasukkan ke wad pada 19 Mac 2012 dan akan menjalani induced labor pada keesokan harinya. Berkampung la kami di hospital pada hari Isnin tu. Kedua-dua parents kami turut datang melawat dan mendoakan semua selamat. Pukul 4 petang, pemeriksaan oleh doktor dan ubat dos pertama dimasukkan. Kesan ubat berbeza-beza mengikut individu. Ada yang mula rasa sakit selepas 1-2 jam, ada yang hingga 2-3 hari. Kami cuma berdoa agar semuanya selamat.
Bermula tengah malam, wifey mula merasa sakit contraction. Pukul 5:45 pagi aku dah terjaga. Plan asal nak sembahyang subuh je, pukul 7 baru nak mandi. Tapi wifey pesan suruh mandi siap-siap, sebab dia dah mula rasa sakit yang kerap. So aku pun bersiap apa yang patut, dan lepas siap semayang aku temankan wifey sambil tolong kuatkan semangat dia yang tengah sakit. Habis la segala selawat, istighfar, ayat Kursi, doa Nabi Yunus a.s aku bacakan (kalau la aku ni hafiz, maunye khatam la agaknya hihi). Dalam pukul 8, makan pagi dihantar. Aku masa tu dah pikir, "boleh ke nak makan tengah-tengah sakit ni?". Tapi aku suap la jugak 3-4 sudu nasi goreng tu kat wifey, sebab pikir tengah bersalin nanti perlukan tenaga. Kalau tak makan, mana nak datang tenaga pulak. Wifey pun sanggup tahan sakit untuk telan nasi goreng tu. Pastu aku buatkan air milo sambil cicah roti gardenia, suap sikit-sikit.
Dalam 8:30 camtu doktor junior datang untuk check. Wifey masa ni dah sakit sangat, sian pulak aku tengok. Suppose masa ni diorang dah kena bagi sedation sebab memang sakit sangat, tapi diorang tak berani nak buat keputusan atas sebab wifey adalah patient kepada ketua jabatan diorang dan diorang taknak simply buat keputusan tanpa consult doktor pakar tu dulu. Sudahnya bila doktor pakar tu datang, semua yang dalam bilik tu kena marah. "Patient is in pain, kenapa tak bagi sedation? Nak tunggu sampai bila? Kat sini semua lambat, sebab tu saya tak suka. Dah, bawak patient pegi labour room." So tak lama lepas tu, datang nurse bawak wheelchair untuk bawak wifey pegi labour room.
Sampai kat labour room, aku disuruh tunggu kat luar dulu sementara diorang dapatkan bilik bersalin yang kosong dan siapkan wifey. Kebetulan kat luar tu aku ternampak poster untuk derma darah tali pusat, so aku tanya dengan nurse yang kat kaunter tu prosedur untuk derma memandangkan aku takde nak guna pun darah tu. Daripada buang camtu je, baik derma kepada yang memerlukan. Nurse tu tak berapa pasti, so dia panggil sister dia untuk explain. Sister tu kata boleh derma kalau bersalin caesar je, memandangkan wifey bersalin normal so tak dapat la nak derma. Ok la, dah prosedur camtu nak buat camne kan. Aku duduk jela balik kat kerusi tu tunggu dipanggil masuk. Sambil-sambil tu call mak aku tanya dia kat mana, sebab dia datang jugak nak sambut. Dia kata dah sampai, tapi tengah cari parking. Lega sket hati.
Lebih kurang setengah jam lepas tu, aku dipanggil masuk ke dalam bilik bersalin (bilik 5). Masuk-masuk je aku nampak wayar dah berselirat kat badan wifey (lepas keluar baru tau tu wayar untuk monitor jantung ibu dan baby). Masa tu tengah kecoh-kecoh, dengan ada sorang doktor perempuan dok mintak tandatangan wifey untuk kebenaran menjalankan pembedahan dan kebenaran pemindahan darah. Dalam kepala aku masa tu ada dua je. Satu, prosedur kut mintak sign awal-awal in case kena operate. Dua, apa ke bengong orang tengah sakit ko mintak sign. Awal-awal taknak mintak ke? Sekali aku dengar doktor tu kata, "Ok siap, bawak pegi operation theatre. Jangan lambat-lambat, bahaya ni." At this point of time, dalam kepala aku hanya ada, "dafuq has happened???? operation theatre?"
Lepas tu aku tanya doktor tu, kenapa bawak pegi operation theatre. Doktor tu mintak maaf lupa nak explain kat aku. Dia kata wifey terpaksa caesar sebab baby dah berak kat dalam dan condition ni akan membahayakan baby. Masa tu aku rasa jantung macam nak gugur dan otak jadi blank. Good thing aku bukan jenis cepat panik, so aku cakap dengan doktor tu aku nak masuk jugak dalam operation theatre. Tapi dia kata tak boleh, sebab prosedur tak membenarkan visitor berada di dalam operation theatre. Masa ni telinga aku dah berasap dan pertama kalinya sejak wifey admitted, aku menggunakan kuasa aku sebagai FPP scheme customer. Aku cakap aku demand nak masuk dalam operation theatre untuk teman wifey. Dia agree dan kata dia kena tanya pakar bius dan doktor pakar kami dulu. So wifey dibawa ke ruang buffer antara labour room dan operation theatre. Dalam hati aku memang tak lepas berdoa moga semua selamat. Tak lama lepas tu, doktor tadi datang. Dia bagitau pakar bius dan doktor pakar tak bagi aku masuk atas sebab aku tak prepare lagi dan akan melambatkan procedure. So aku pasrah. Aku salam wifey, cium dahi dan tangan dia, cakap aku tunggu dia dan baby kat luar.
Keluar je dari situ, aku call mak bagitau pasal apa yang dah berlaku. Mak aku terkejut sebab tiba-tiba kena caesar. Dia dah on the way ke labour room, bapak aku tinggal untuk cari parking (note: parking di sini memang agak susah, kena double park pastu lepaskan handbrake & freekan gear. for non-stick-shift fellas, letak gear kat N). So sementara tunggu mak aku sampai, aku dok kat koridor sambil mundar-mandir. Air mata dah mengalir keluar dah pun. Terus terang aku cakap, masa ni aku memang berdoa minta-minta wifey dan baby selamat. Kalau terpaksa ambil salah sorang, biarlah wifey yang selamat. At least baby tu aku akan jumpa di syurga nanti insya Allah. Then aku cool down, aku yakinkan diri yang doktor tu akan lakukan yang terbaik mengikut kepakaran dan pengalaman dia.
Aku teringat balik pasal nak derma darah tali pusat tu. So aku tanya balik dengan sister tadi since wifey memang nak kena caesar pun. Dia kata kalau nak, kena inform sebelum procedure start sebab diorang nak prepare equipment. Aku cakap confirm derma, dengan niat mudah-mudahan darah tu boleh membantu sapa-sapa yang memerlukan. So sister tu call operation theatre nak inform pasal permintaan aku.
Tiba-tiba aku dengar sister tu cakap, "Normal? So tak caesar la?" Masa ni aku dah blank. Ni cakap pasal wifey ke, cakap pasal orang lain. Pastu aku nampak sister tu letak telefon dan dia senyum. "Maaf la encik, tak boleh nak derma. Sebab isteri encik bersalin normal, tak sempat caesar baby dah keluar. Semuanya selamat."
Bersambung bahagian kedua sebab aku dah penat menaip :D
No comments:
Post a Comment