Jul 19, 2010

Haha, Sama Kes La Pulak..

ALOR SETAR: "Orang ramai diingatkan tidak keliru mengenai status daging import dari India kerana ia daging kerbau yang dijual pada harga murah, bukan daging lembu," kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.



Beliau berkata, ramai pengguna tidak tahu daging import India yang dikenali sebagai daging kotak dan dipasarkan secara meluas di negara ini adalah daging kerbau. Katanya, daging kerbau yang dijual di pasaran ketika ini juga dari gred biasa membolehkannya dijual pada harga lebih rendah menyebabkan ramai pengguna membandingkannya dengan harga daging tempatan. "Kita tidak mahu rakyat keliru dan menganggap daging kotak sebagai daging lembu sedangkan tidak ada langsung daging lembu dibawa masuk dari India.




Dan sesungguhnya cik wifey penah tersalah beli daging seperti yang dinyatakan oleh Pak Menteri ni. Berusaha la carik daging lembu kat Giant Kota Damansara, pastu nampak la ada 1 ketul daging dalam plastik. Beli tu sebab hajatnya nak buat mihun goreng daging. So bila dapat tu, hepi la jugak. Tercapai la hajat aku nak makan mihun goreng daging.



Sekali sampai rumah, tengok-tengok rupanya daging kerbau hahaha. Sudahnya, esok tu kitorang makan mihun goreng daging kerbau. Tu pun tak abis. Belen-belen tu bawak balik umah mummy, pastu adik abiskan. "Sedap gak mihun ni". Lantak ko la dik, sampai skang ko tak tau daging apa tu..

Jul 1, 2010

Apa Kes??

- buang sampah depan lif. motif?? susah benar ke nak angkat sampah tu turun ke bawah. ko naik lif tu jgk pun nak turun bawah, takleh sgt ke angkat sama sampah tu bawak turun?


- sengaja lajukan kete bila nampak aku bagi signal nak masuk lane ko. terutamanya MyVi. gile anti ah aku ngan MyVi skang ni. common sgt ah kat highway tu bawak laju pastu cucuk aku dari blakang. aku dah nampak orang buat camtu, lagi aku slowkan kete ada la. bajet laju aa MyVi tu? cicir gak ngan aku kengkadang..


- aku dok tunggu la e-mail dari dia, alih-alih bila aku gi kat meja dia tengok-tengok dia tgh main zuma. waddehel?? aku rasa nak lempang orang je bila CEUPACS nak mintak govt bagi bonus 2 bulan kat kakitangan kerajaan dalam RMK-10 nanti. sbb seriously speaking, dengan perangai staff govt skang ni aku tak rasa diorg layak dapat bonus. dapat potongan gaji ade la. tak semua, tapi mmg majoriti ah perangai camni. aku fesbuk gak kat opis, tp aku stayback 2-3 jam pas opis hour. korang ada..?


- ada la aku kenal dgn sorang ni yg tobat blagak gile. tak abis-abis la citer laki dia byk duit la, duit gaji dia tak berusik la, laki dia belikan hadiah mahal la. padahal setau aku, laki ko tu dok amik personal loan je manjang. ape jadah amik loan 7k utk tukar sportrim kete. pastu, aku ada je member yg mmg kaya tahap gaban sampai ada rumah besar tak igt atas bukit. tp takde plak member aku tu berlagak gile mcm ko.



sambung citer. emo lak aku entry kali ni hahaha. bukan pasal apa, salah aku gak. alkisahnya..


aku skang ni SystAnalyst. keje aku dok tengok system flow documents (business process, process flow, ERD DFD jadah sumer tu), pahamkan mende-mende ni & pass keje ni kat programmer (tp aku buat coding jgkla..). takde la susah mana pun kejenye, tp lebih kepada tanggungjawab & ensure mende yg aku pass kat programmer tu siap la. sbb dalam masa yg sama, aku dipertanggungjawabkan untuk jaga 2 org programmer. so kiranya kena la aku judge diorg boleh buat ke tak mende yg aku passkan tu.


asalnya, aku kena buat Integration module. module ni gunanya untuk prepare platform di mana external parties (agency and/or G2G) connect dgn system yg aku tengah buat. a bit dah delay la masa aku dapat module ni, tp manageable lg. boleh la aku nak kawtim situ-sini utk project manager mintak delay dgn client.


so aku baiiiikkk punya planning gitu gini, dapat la aku siapkan module aku ni sebelum presentation date. bangga jgk aa, sbb siap & ditest dengan lancar tanpa error. dan pada masa yang sama jgk, aku kena handle satu lagi module (Supporting). by the time aku dah siap prepare Integration ni, Supporting ni pulak masuk dlm fasa kritikal. so aku pun stop la buat Integration and fokus kat Supporting..


Supporting ni pun, aku berjaya handle dengan jayanya. stended ah kena marah ngan user, itu tak betul ini tak betul. tah mende betul tak tau la, aku hempuk gak kang. eh tak baik marah user, biarkan dia. system dia yg bayar, ye tak hahaha. dah sambung balik, melalut je manjang. aku pun pulun la sama buat Supporting ni, sebab fieldset user dia agak besar. so byk ah scope aku kena handle, nak study balik user process sumer. ah kacang je tu, saje je bagi ayat mcm complicated. sbb mende ni mcm agak kritikal, so aku pun sama la buat coding. sampai la last week di mana aku dah siapkan dlm 70% mende ni, so aku pass balik kat programmer aku utk aku sambung buat Integration.


boss aku plak (encik Asst Project Director) inform aku kata next week ada testing Integration dengan user. pulak tu dlm testing tu nanti, Pengarah ada sama. aku cuak gak aa, sbb memikirkan Pengarah ada sama. ah lantak la, dia bukan tau pun pasal system. ada error ke apa nnt aku kencing jela. aku pun angguk je & plan la nak sambung balik buat coding Integration tu. dengan tenang dan penuh senyum mesra, aku bukak Eclipse IDE and carik coding Integration..


coding tu takde!! peluh menitik dah kat dahi aku. takpe rilek-rilek. aku tgk lak kat backup folder aku. waffak takde gak!! mane pegi nightly backup aku??


jika anda dalam situasi ini, apa yang akan anda lakukan?

a) nangis gi jumpa boss sambil ngadu

b) gi godek laptop member tengok kut dia ada backupkan

c) jadi seorang super programmer and buat balik dari mula


note: update guna e-mail sbb dashboard blogger takleh diaccess

Jun 9, 2010

Yippi Ka Yay!!

- aku bizi. ni sumer pasal orang-orang gomen yg banyak songel. dah ko tak letak mende tu dlm system design, camne aku nak buat. alih-alih kata aku buat tak ikut workflow diorg. farking la.

- bagi aku, LBS tu biasa-biasa je. aku bukan peminat tegar ahadiat akashah. buku dia pun aku tak penah beli. baca penah la jugak, curik-curik baca buku member punya. tu pun kalau mak aku tau mau dia tarik telinga. "baca buku skolah lg pekdah dari baca buku tah ape-ape camtu.", demikian ujar beliau satu ketika dulu. tapi skang boleh la baca kan, sbb dah tak skolah..

- aku penat la keje camni. ada tak orang nak pakai IT Exec ke, IT Manager ke. aku offer diri nak apply.

- aku mendapat khabar gembira, maka point 3 di atas maybe tak valid lagi.

- bodo la wifi ni, saje je taknak aku enjoy berita gembira. len kali la aku update lg..

May 19, 2010

Pergh, Siap Buat Video *toot*

Aku sudah mula merasakan "project rush". Ini ialah sejenis feeling yang hanya didapati bila korang tau project korang dah/almost behind schedule. Project rush ni membuatkan aku rasa tambah semangat nak keje, sebab aku nak make sure & buktikan aku dapat deliver jugak sebelum deadline. Rasa macam ada satu feeling of satisfaction bila dapat deliver project dengan jayanya.









Mukadimah panjang-panjang ni sebenarnya bertujuan nak bagitau yang aku dah start busy, tu je. Ngahahahaha..


p/s: natang follower ni apa ek? adakah sejenis medium untuk ko show-off kalau follower ko ramai? kalau dengan ramai follower ni boleh membuatkan aku jadi menteri kabinet atau penguasa polis cawangan jenayah berat D9, aku pun nak start tambah follower la gini.
p/s/s: tajuk memang takde kena mengena dengan entry