Aug 16, 2010

Terlajak Perahu..

Sori la beb semua. Aku bukan taknak, tapi hati ni dah tertutup untuk korang. Yang betul-betul kenal aku sure tau aku ni senang nak memaafkan, tapi nak melupakan tu susah gile. So anggap jela takde rezeki ek. Korang doa la moga-moga hati aku terbukak balik. Tapi for the time being, aku rasa takde la kut..

Selamat berpuasa and thanks sebab still ingat aku (even though korang penah lupa sekali..)

Rage Mode On

Marah gile gua..

Beria sangat last week kata hari ni schedule untuk testing. Aku ni dah la sakit tekak, demam plak lagi. Tapi gigih la jugak datang opis mengenangkan orang dah schedule. Taknak menghampakan orang la kiranya, pastu pulak aku ada penyakit non-chronic-workaholic. Pagi-pagi tadi dah sampai kat site office Putrajaya ni ha. Opis dah la sejuk gile, tah ekon cap ape digunakan pun tatau aa. Idung pun *srot-srot* je ni. Pikir dalam ati "takpe kut, abis testing ni kang dah lega. balik kang gi klinik amik MC..". Tu pikir dalam ati la..

Sekali baru jap tadi diorang call..

Beliau: "boleh tak tukar flow sikit, sebab pihak kami tak prepare untuk testing. kami takde technical person untuk flow macam ni."
Aku: "FFFFFFFUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!!!!" (dalam ati jela)
Aku (in reality): "ok la, camtu antar latest flow in document. kita stop testing dulu, once dah ready nanti kita resume balik."


Gua benci incompetent suck-up.

Aug 9, 2010

Point to Ponder

Penah tengok iklan kecantikan tak? Terutama iklan produk pelangsingan badan. Sure ada gambar sebelum & selepas kan, kiranya nak tunjuk la keberkesanan produk tersebut. Dan secara semulajadinya, ramai pompuan la dari jantan yang guna produk ni. Laki kira apa, perut gendut pun takde hal. Boleh je tayang body tanpa ada rasa bersalah.

Di saat ini, penulis sedang tunduk menginsafi diri sendiri kerana ukur lilit perut sendiri juga sudah bertambah..

Ok, aku takde masalah la dengan produk pelangsingan (pelangsingan ke pelansingan ek? sori gua agak fail BM) ni. Mana yang berkesan tu, memang berkesan la aku tengok. Dalam sebulan dua je dah boleh turun sampai 5-10kg, banyak gak tu. Tapi satu persoalan yang bermain di benak hati ini...

Nape sebelum kurus boleh pakai tudung ngan baju elok-elok, tapi lepas dah kurus tudung pun ilang baju pun ketat stok nampak bahagian-bahagian yang tersembul dan 'yummy'? (wife gua tak marah, sebab gua honest dan transparent dengan dia. dia tau camne gua dok tengok pompuan lain pun, malam-malam gua cari dia jugak hahaha) Nak pakai baju nampak figure tu macam common ah, kalo tak kang tak nampak pulak perubahan kan. Tapi perlu ke baju tu sampai nampak cleavage..?

p/s: kepada anda yang terkait dengan entry ini secara sengaja atau tidak, jangan marah aku. gi tengok dulu gambar korang before & after guna produk tu. betui dak tudung korang dah ilang? betui kan..?

Jul 22, 2010

Bab 1 Sains Tingkatan Tiga

Lupa cakap doo. Wa baru balik honeymoon kat Bukit Tinggi, Pahang. Tido sana 1 malam. Haram tak best, lu takyah la pegi. Bosan gile tempat, 4 jam dah boleh abis round sumer mende. Tapi dapat bagi makan kat itik besar, keldai ngan arnab yang jinak gile babeng. Cute doo arnab tu, rase macam nak picit-picit jek. Wifey pun bagi approval untuk bela, tapi tunggu dapat umah landed la. Jadah bela arnab kat kondo. Eh dah ah, nak tengok in details gi kat blog wifey. Dia ada citer pasal Bukit Tinggi tu. Sambil-sambil tu click la skali iklan Nuffnang dia yek, hua hua hua..


** Sesungguhnya aktiviti malam adalah yang paling best bagi pasangan yang sedang honeymoon, hihihi... **

First Time Gua Gigil!

Yosh!!

Aku kat opis Wangsa Maju nih. Baru pas abis system demo depan Ketua Pengarah. So tu la menggambarkan perasaan aku masa demo tadi. Siyes doo, tak penah-penah selama ni aku gigil kalau system demo depan orang. Bukan nak berlagak la kan, tapi sebab aku rasa biasa jek kalau kena present apa-apa. Dah banyak kali pun aku buat system presentation. Eh tapi memang nak blagak pun, hahaha..

Tapi tadi tak tau aa pesal, pegang mouse pun tangan gigil. Bercakap takyah citer la, tah macam hape je aku cakap. Ayat lintang-pukang, kalau ada la guru Bahasa Melayu kat dalam bilik meeting tadi memang kena dah sedas dua aku rasa. Ngalahkan orang nak bernikah nervousnya (aku nikah dulu takde plak nervous camni..). Tapi so far sumer ok la, walaupun ada error sikit-sikit kat sana sini. Alah takyah tipu aa, macam la korang tak penah ada error time system present. Error tetap akan ada beb, yang penting camne ko auta je. Sebab tu boss aku dulu penah cakap, orang IT ni la yang paling kuat menipu. Bagi je ayat "Oo ni sebab guna database staging, so server ni takleh nak connect. Sebab tu kuar error camni. Kalau kat live server nanti, error ni takkan berlaku la.". Pastu ko nampak la user sumer terhangguk-hangguk. Tah mende yang dianggukkan tah, gaya macam paham sangat. Nak tanya, segan. Kang kena kutuk kaw-kaw ngan member kat blakang nanti, konon-konon ICT sangat ah..

Eh sambung jap lagi, aku nak gi Zuhur. Memang menantu 'pilihan' tul la, kul 4 baru nak Zuhur..
.
.
.
.
.
Ok sambung..

Ahad ni aku ada Jacob Walk of Life la pulak kat FRIM Kepong. Kul 6 pagi tu start. Puas la otak aku ni buat deduksi boleh ke aku bangun kul 5 pagi. Alangkan bangun gi keje pun liat, ni kan pulak bangun untuk gi meletihkan badan. Ala, support sikit la. Asek buat perkara mungkar je, apa kata sekali-sekala buat kebajikan sket. Kebajikan la kut, konon-konon perpaduan. Kata 1Malaysia, hahaha..

Dah ah, tak reti aa aku nak tulis mende lagi dah. Nanti-nanti la aku sambung, kalau aku rajin. Baik aku settlekan hal natang Apache Tomcat ni, kurang-kurang bermanfaat la sket gaji aku ni.