Aug 9, 2010

Point to Ponder

Penah tengok iklan kecantikan tak? Terutama iklan produk pelangsingan badan. Sure ada gambar sebelum & selepas kan, kiranya nak tunjuk la keberkesanan produk tersebut. Dan secara semulajadinya, ramai pompuan la dari jantan yang guna produk ni. Laki kira apa, perut gendut pun takde hal. Boleh je tayang body tanpa ada rasa bersalah.

Di saat ini, penulis sedang tunduk menginsafi diri sendiri kerana ukur lilit perut sendiri juga sudah bertambah..

Ok, aku takde masalah la dengan produk pelangsingan (pelangsingan ke pelansingan ek? sori gua agak fail BM) ni. Mana yang berkesan tu, memang berkesan la aku tengok. Dalam sebulan dua je dah boleh turun sampai 5-10kg, banyak gak tu. Tapi satu persoalan yang bermain di benak hati ini...

Nape sebelum kurus boleh pakai tudung ngan baju elok-elok, tapi lepas dah kurus tudung pun ilang baju pun ketat stok nampak bahagian-bahagian yang tersembul dan 'yummy'? (wife gua tak marah, sebab gua honest dan transparent dengan dia. dia tau camne gua dok tengok pompuan lain pun, malam-malam gua cari dia jugak hahaha) Nak pakai baju nampak figure tu macam common ah, kalo tak kang tak nampak pulak perubahan kan. Tapi perlu ke baju tu sampai nampak cleavage..?

p/s: kepada anda yang terkait dengan entry ini secara sengaja atau tidak, jangan marah aku. gi tengok dulu gambar korang before & after guna produk tu. betui dak tudung korang dah ilang? betui kan..?

2 comments: