Jun 9, 2010

Yippi Ka Yay!!

- aku bizi. ni sumer pasal orang-orang gomen yg banyak songel. dah ko tak letak mende tu dlm system design, camne aku nak buat. alih-alih kata aku buat tak ikut workflow diorg. farking la.

- bagi aku, LBS tu biasa-biasa je. aku bukan peminat tegar ahadiat akashah. buku dia pun aku tak penah beli. baca penah la jugak, curik-curik baca buku member punya. tu pun kalau mak aku tau mau dia tarik telinga. "baca buku skolah lg pekdah dari baca buku tah ape-ape camtu.", demikian ujar beliau satu ketika dulu. tapi skang boleh la baca kan, sbb dah tak skolah..

- aku penat la keje camni. ada tak orang nak pakai IT Exec ke, IT Manager ke. aku offer diri nak apply.

- aku mendapat khabar gembira, maka point 3 di atas maybe tak valid lagi.

- bodo la wifi ni, saje je taknak aku enjoy berita gembira. len kali la aku update lg..

May 19, 2010

Pergh, Siap Buat Video *toot*

Aku sudah mula merasakan "project rush". Ini ialah sejenis feeling yang hanya didapati bila korang tau project korang dah/almost behind schedule. Project rush ni membuatkan aku rasa tambah semangat nak keje, sebab aku nak make sure & buktikan aku dapat deliver jugak sebelum deadline. Rasa macam ada satu feeling of satisfaction bila dapat deliver project dengan jayanya.









Mukadimah panjang-panjang ni sebenarnya bertujuan nak bagitau yang aku dah start busy, tu je. Ngahahahaha..


p/s: natang follower ni apa ek? adakah sejenis medium untuk ko show-off kalau follower ko ramai? kalau dengan ramai follower ni boleh membuatkan aku jadi menteri kabinet atau penguasa polis cawangan jenayah berat D9, aku pun nak start tambah follower la gini.
p/s/s: tajuk memang takde kena mengena dengan entry

May 17, 2010

Dah Lain..

Bukak bahagian Dalam Negeri akhbar arus perdana hari ni. Nampak citer sorang pelajar rancangan nyanyi-nyanyi realiti TV (yang tak baper best pun) terkeluar. Pastu kat bawah sket, ada citer pasal rancangan nyanyi-nyanyi realiti TV lagi (yang sedap la sikit berbanding yang mula-mula tadi tu). Kali ni citer pasal sorang cikgu membuang anak muridnya.

Citer camni pun nak masuk dalam bahagian Dalam Negeri ke? Letak kat bahagian Hiburan je sudah la. Apa dah takde citer sangat ke Mesia ni sampai citer-citer camni pun dikategorikan layak masuk bahagian Dalam Negeri.


Dan skang aku paham kenapa kalau ada iklan mari membaca kat TV tu, baper kerat je yang dalam iklan tu tengah baca sokabar. Yang lain sumer baca buku ke, majalah ke. Udah sokabar pun bukak citer sampah kat bahagian Dalam Negeri, nak wat camne..

May 13, 2010

Abis Dah?

Adamaya last hari ni? Biar betik..


- berusaha mencarik kat mana boleh download siri ni (seperti yang direquest oleh wifey)

May 12, 2010

Privacy La Sangat Kononnye..

Angin pulak aku dengan orang yang disable right-click kat blog/web page dia ni. Kalau right-click, kuar la alert "Jangan curik!!" / "No right-click please" / "Hak cipta terpelihara" dan alert-alert tak cerdik lain yang sespesis dengannya. Ntah apa tujuan aku pun tak tau, tapi aku rasa untuk tak bagi orang copy gambar ke takpun script-script menyemak dia. Bajet-bajet hacker la tu konon dapat disable right-click tu. Aku rasa masa dia berjaya buat ni, sure perasaan dia macam Neo dapat masuk dalam Matrix. Ataupun macam Afdlin Shauki masukkan password dalam flash animation bodo dalam citer Buli Balik. So, a bit of enlightenment..

Internet Explorer: click kat View > Source
Mozilla Firefox: tekan Ctrl+U
Google Chrome: sama macam Firefox

Nak lagi ganas, install extension Firebug kat Firefox. Bukak window Firebug ni, pastu select je gambar yang korang nak copy. Nanti dia highlight kat window Firebug tu, pastu korang copy je link gambar tu & paste kat browser window baru. Dah dapat view gambar tu nanti, right-click pastu Save As.


Puas ati aku (sila bayangkan aku tengah gelak dengan nada macam orang jahat yang nampak awek ranum meronta-ronta dalam citer Pak Usop).