Dec 18, 2010

+1 in a Different Context

Yesterday, 17th Dec 2010.

I am now a proud owner of a unit of Casa Idaman.

note: skang suka plak nak buat update pendek-pendek..

Dec 10, 2010

+1

Thank you Izma, Jobstreet, Utopia Temple, Mak, Nana, Adik, Along, Razman and several others (in no particular order).

Dec 8, 2010

Un'sangka'rable

Sila lihat ini..

(klik gambar untuk full view)

Dec 2, 2010

Accident: Chronology

Aku rasa korang tau aku penah eksiden tahun lepas. So untuk mengelakkan aku lupa apa yang perlu dibuat in the event of accident lagi skali (hopefully not *touch wood*), entry ini ialah list down apa yang perlu dibuat etc.

1. Jot down nombor kenderaan yang terlibat
2. Kalau dapat, jot down jugak no IC pihak yang terlibat
3. Jot down masa, nama jalan & kilometer berapa kejadian berlaku
4. Gi balai polis, buat report. Report tu normally dah ada template, just follow & tukar mana yang patut (no kenderaan, masa, tempat, detail kejadian etc)
5. Polis akan assign sorang IO (Investigation Officer) untuk kes ni, so bawak-bawak la berbaik dengan dia untuk memudahkan keje
6. Selang 2-3 hari (atau dalam kes aku, 2 minggu!) korang akan dapat salinan report, gambar etc. Bawak mende-mende ni untuk claim insurans.

Based pada pengalaman aku, kalau korang dilanggar dari belakang memang confirm korang tak salah. Polis akan claim kete belakang salah, even though korang buat emergency brake. Antara ayat standard IO tu, "yang awak tak follow 4-second rule tu kenapa? kalau follow, orang emergency brake pun awak mesti sempat elak". Then kalau kete korang bawah dari 5 tahun usianya, better antar repair kat manufacturer sebab barang yang korang dapat adalah sure ori. Kalau lebih, buat bengkel biasa-biasa pun tak kisah dah. Then bengkel manufacturer ni pulak agak malas nak layan kes-kes repair yang claim insurans ni, sebab lambat dapat payment. So kena la push sket bagi diorang bergerak.

Kalau kes dilanggar dari belakang, kete korang lebih 5 tahun & kete yang melanggar tu pulak kete mahal, boleh jugak kalau korang settle kat situ. Menyenangkan keje korang dan owner kete tu plak lagi suka sebab tak affect NCD dia. Tapi make sure jumlah yang korang dapat dari si pelanggar tu berpadanan dengan kerosakan. Pastu, biasa jugak aku dengar kes si pelanggar ni kata nak antar kat bengkel yang dia pilih. Atas sebab tu bengkel kawan dia so maybe boleh dapat murah (ye ke, tah-tah sebab dia pakat ngan kawan dia nak buat keje sambil lewa..). Jangan ikut rule camni, korang dah dilanggar so korang patutnye yang decide nak pegi bengkel mana. Kalau dia tak setuju, then settle kat balai jela (which is, lagi merugikan dia sebab affect NCD).

So, tu serba sedikit hal accident. Kalau ada mende tertinggal nanti aku tambah lagi.

Oct 27, 2010

Such A Real Bummer..

Petang tadi aku mendapat perkhabaran dari adik aku mengatakan seorang atuk sedara aku baru je kembali ke rahmatullah. Atuk sedara yang aku panggil Aki Ngah ni ialah seorang yang senang nak dibawak berborak, agak friendly, tapi bukan jenis nonsense. Mukanya redup, bibir macam senyum je manjang, cakap plak tak tinggi suara. Agak pleasant untuk didekati la kiranya.

Aku baru je jumpa dia Ahad lepas, sempena kenduri anak dia kawen. Masa aku jumpa dia tu pun, dia agak lemah. Duduk je kat kerusi melayan tetamu. Biasanya kalau kenduri dia la master chef. First time sebenarnya aku nampak dia dalam keadaan fragile camtu. Yela, tak biasa tengok dia duduk je camtu. Biasa tu nampak dia ke sana sini, angkat itu la ini la.

Nak ikutkan, aku takde la close sangat pun ngan dia. Jadah apa nak menggedik ngan atuk sedara. Ngan atuk nenek sendiri lain la, hehe. Tapi sebab Aki Ngah ni pandai mengurut sket-sket, so dia agak popular la. Aku pun asal terseliuh sikit, memang dia la yang dituju kalau kebetulan balik kampung. Demam, mintak air penawar, tu sumer dah kebiasaan. Aku pun sebenarnya tengah dalam treatment dia. Treatment orang yang dah kawen je tau, yang lom kawen dok senyap-senyap hehehe. So bila dengar berita tadi, agak shocking jugak la. Yela, aku ni berhajat la jugak nak bagitau dia personally kalau-kalau treatment dia menjadik. Tapi apakan daya, dia lebih disayangi.

Yang aku agak terkilan, takde sapa-sapa di kalangan sedara-mara yang ada blaja ilmu perubatan ngan dia. Kira dia ni takde pewaris sebenar la. Sayang ilmu tu hilang begitu saje. Abis pasni kalo jari aku terseliuh, aku nak berurut ngan sape?

Anyway, semoga dia aman kat sana. Wish him all the best and may God bless him. I will surely miss you Aki Ngah, especially your God-like delicious lemang. RIP and till we meet again, hopefully..

p/s: tipu ah kalau kata aku tak sedih. menitik gak air mata 3-4 titik pas smayang zuhur tadi. ternyata aku bukan robot..