Jan 4, 2012

Bipolar?

Ok, simple question. Awat kalau dok kat luar, ko pakai tudung. Tapi bila dalam blog, slamber pulak post gambar ko tak pakai tudung? And at the same time, citer pasal aurat bagai. Care to explain?

Dec 27, 2011

Checklist 2011

[DONE]
- bawak wifey pegi honeymoon
- ada rumah sendiri
- dapat manage project sendiri
- potong credit card (finally..)

[YET]
- ada kete
- ada saving yang best
- tukar henpon (dah lama sangat *sob sob*)
- improve diri sendiri (sangat-sangat belum)

[TO BE]
- ada baby (insya allah next year yey!)

Dec 9, 2011

Annual Event

** mode kepenatan sebab baru pas travel ke 3 negeri (Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka) semata-mata untuk meeting. pagi subuh bertolak, sampai tempat meeting, meeting, makan, balik KL. tahun depan aku nak mintak full body medical check-up allowance dari bos. **

Aku ni dok tunggu e-mail dari Utopia Temple. Selalunya ada diorang e-mail, tahun ni takde pulak. Ke ID aku kat forum tu dah kena delete. Jobstreet dah e-mail dah semalam, sehari awal macam biasa. Celcom pulak 2 hari awal dah wish. Mak antar SMS kul 6:20 pagi tadi. Wifey wish sebelum gi keje & bagi suprise (suprise la kut, buat-buat terkejut hehe).

Thank you all.

Update: Utopia Temple does not forget me **happy mode**

Oct 18, 2011

Citer Pasal Pregnancy, Keje dan Sebagainya

i. Pregnancy
Wifey dah pregnant 18 minggu. So far so good, takde banyak ragam sangat macam cerita-cerita orang lain. Ada yang dengarnya sampai muntah-muntah, loya bagai. Morning sickness la ape la. Tapi wifey elok je setakat ni, just hat selalu kena sakit kepala. Which is not entirely new. Sebelum pregnant pun selalu je kena sakit kepala tu, so bukan benda baru la pada aku. Cuma risau sket sebab dia kena diabetes. Doktor cakap, memang ada keadaan di mana masa pregnant ni ibu boleh kena diabetes. So kena la kawal pemakanan skang, takleh lebih sangat gula dalam darah. Reason takut nanti baby tu besar sangat. Kalo dah besar, of course la kena caesarean. Tu nak dielakkan la kalau boleh. Satu sebab bil mahal (haha, concern!). Pastu sebab leceh di kemudian hari. Pikir tak rasa sakit tu memang la, tapi takutnye banyak hal berbangkit kemudian. Wifey pun rasanya nak bersalin normal kut. Ke tak ek?

Tambah pulak dengan isu darah rhesus negatif dia. So nak kena standby injection bagai, taknak badan dia develop antibodi in case baby nanti darah rhesus positif. Hari tu dah buat dah checkup kat klinik kerajaan. Pastu bila timbul isu pasal diabetes ni, jadi susah pulak. Sebab kena selalu pegi, dalam sebulan tu tah ke 4-5 kali kena gi klinik. Takut nanti HR bising la pulak asyik cuti jek, so plan nak tukar gi checkup kat private jek. Baru 2 kali check kat private, doktor tu pulak advise suruh continue balik kat klinik kerajaan. Diorang kata sebab isu diabetes & rhesus ni, kerajaan lagi advance dan ada expertise nak handle. Tah ye ke tidak, aku rasa sebab diorang takmo amik risiko. Caye sangat la dengan swasta ni, pikir duit je yang lebihnya. Aku swasta jugak, aku tau la. Hahaha. Tak kisah la, janji ibu ngan baby selamat.

Semalam gi Hospital Selayang, sebab nak register untuk dapatkan injection rhesus tu. Jumpa doktor ada la 2 minit je, nak menunggu turn tu punya la kemain lama. Aku dah ngantuk tersengguk-sengguk dah tunggu. Masa nak balik tu nampak pulak banner pasal Full Paying Patient (FPP) scheme. Basically means, bayar sama macam hospital swasta tapi menggunakan hospital kerajaan. Boleh pilih sendiri doktor pakar yang mana kita nak, nurse yang disediakan pun yang terlatih, bilik sorang-sorang jek, waktu melawat anytime tak mengikut waktu melawat wad biasa. Pikir-pikir pun, alang-alang dah memang wifey kena bersalin kat situ, nak amik je kut scheme ni. Berhabis sikit takpela, janji dia selesa. Belum register lagi, so tak tau sangat butir-butir dia.

So far, dah 4 kali kut aku teman wifey gi checkup. Takde mende sangat pun, banyak duduk je menunggu. Time dia kena masuk jumpa doktor, aku dok je kat luar. Nasib bawak laptop, so sambil tunggu tu kut ada mende urgent ke hal opis boleh aku on laptop jap. Nasib baik gak dapat bos yang jenis memahami, so kalau cakap nak masuk lambat sket tu dia ok jek. As long as keje siap, sudah. Ikutkan semalam pun ada last minute meeting dengan client yang aku kena attend, tapi bos cover. Tau bos tak baca pun blog ni (macam la ada orang lain baca pun..), tapi camne pun nak ucap terima kasih jugak sebab bagi permission masuk lambat. Kesian jugak tengok ibu-ibu yang datang checkup sorang jek. Bosan gile menunggu lama camtu. Aku penah gak miss teman wifey checkup, so rasa bersalah la jugak. Nak wat camne, kengkadang tu ada mende yang urgent sangat kat opis yang aku takleh tak datang. So nasihat kepada kaum bapa yang lain tu, teman la isteri pegi checkup. Bak kata member opis, time sedap nak sama-sama. Time sakit tinggal jek isteri sorang-sorang. Hihi..

ii. Keje
Aku naik pangkat sket. Ye ke naik pangkat. Rasanya sama jek pangkat tu. Keje je yang bertambah, huhu. Officially, aku diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk menguruskan 2 projek baru. In other words, "Saya Kimi, Project Manager dan contact person untuk projek ni" akan menjadi ayat lazim aku hahaha. Riak melampau, tak baik. Alhamdulillah jugak, sebab bos percaya kat aku untuk manage mende ni. Projek kecik, tapi hopefully akan jadik batu loncatan untuk aku manage projek medium atau high scale lepas ni. Bohong jugak la kalau tiba-tiba je bos suruh manage projek besar. 

Memang aim aku dari dulu pun nak masuk IT management, so dah terbukak langkah sket la di situ. Lepas 2 projek yang ni abis, kalau outcome dan feedback client bagus aku ingat nak mintak bos sponsor aku amik certification PMP. At least bila dah ada cert tu, senang sket nak dapat tender yang lagi besar. Hopefully la, tengok camne. Kalau tak pun, aku amik jela sendiri. Keluar duit sikit takpe la kut, melabur untuk masa depan. Mana tau pasni rezeki kat company lain ke hahaha, bila ada cert tu laku sket nak demand. Ceh takmo-takmo, aku nak maintain kat sini at least 2 tahun lagi. Banyak benda aku boleh belajar kat sini, rugi kalau tinggalkan. Well unless kalau company lain offer 2 kali ganda gaji la. Yang tu bodo pulak kalau tak grab huhuhu..

iii. Sebagainya
Nak ucap tahniah kat Parid sebab baru jek dapat kunci rumah baru dia. Tapi aku still merajuk sebab dia tak inform aku pun bila dia nak beli rumah tu dulu. Skang dengar citer value rumah dia dah almost sekali ganda dari harga beli. Gile apa, kalau jual tu boleh terus settlekan loan dengan ada duit berlebih banyak gile untuk buat downpayment beli rumah lain. Camni aa member, simpan sorang-sorang jek. Putus sahabat, hahaha. Gi melawat umah dia dalam 2 minggu lepas. Nice jugak ah, sambil tengok kontraktor buat keje. Pastu bagi input berguna pasal kat mana nak drill, apa nak ditukar etc. Overall, puas ati & tumpang happy dengan rumah dia.

Tahniah jugak kat Azhar & Rina, sebab baru jek dapat baby minggu lepas. Aku tunggu baby dah besar sket baru nak gi melawat. Awal-awal ni baby fragile lagi, antibodi tak kuat. Ramai sangat melawat kang, macam-macam kuman ada. Agak-agak dah sebulan lebih ke, pegi la tengok. Pasni bertambah la list ahli geng ikan bakar hehehe..


*ditaip berlatarbelakangkan pemandangan KLCC dan hujan yang baru reda*

Sep 15, 2011

Bosan..

Those who know me well, knows that I'm not very into politics. They would know that I always take a neutral stance with regards to this issue. I will bash both sides, BN and PR, should I see something wrong is done in either party. I have always agreed that BN does bring much development to Malaysia and I very much like that. At the same time, I also don't believe that corruption does not happen with the government. Heck, even the transparent Singapore does have its little corruption I think.

Same goes to PR. They are needed as a 'check-and-balance' measure to the current government. A government without a balancing measure is closely resembled with dictatorship. Even so, I do think some of PR's actions are quite stupid. And I don't really like some of PR's members who I think does not share the same ideology of serving the people of Malaysia truthfully. Maybe they are there just for the high post, become famous and for their own personal agenda. Who knows..

But for the love of God..

Look at what had happened the past few weeks. With just some comments from Mat Sabu regarding the communism, Malaysia has turned haywire. I never like Mat Sabu anyway, so I don't really give a rat's ass of what his comment is. But what I am really sad of is, how the mainstream media is being manipulated to portray him as the 'most evil of kind'. I don't really see the media as the sole actor behind this. They are just making business and ensuring that they get the permission to operate here. Even I would do the same if I'm the owner of media company. Why would I risk my company going against the government while I can make profit here. Taking the dialogue in the movie 'V for Vendetta'. "This is the BTN. Our job is to report the news, not fabricate it. That's the government's job."

So,  please la people, just stop with all this bullshits and move on. Improving our economy is way important that attending to issues like this. Ten years ago, a McD chicken burger cost me RM3.00++. Now, it costs me RM7.00++. That's more than 200% increase. Does salary increases the same rate? And one more thing before I forget. I don't really mad at the increase of this tax la, that tax la. I even pay for my taxes and not run away from it. But please, use my payment in some way that is beneficial to the people. Improve education and welfare. Taxes are paid by the people for the people.

I'm sick and tired of all these stupidity..