May 8, 2007

PTPTIPU

Wahai PTPTIPU,

Tiap-tiap bulan aku gigih dan setia membayar hutang pengajian aku yang jumlah besarnya lebih kurang RM76,000. Sesungguhnya aku berterima kasih sangat-sangat sebab ko membolehkan aku dapat aku punya degree. Tapi alangkah tensennya hati bila aku tengok tiap-tiap bulan jugak la ko charge aku interest service charge berjumlah RM180.00. Aku nak tanye ko la, ko tak rasa bengang ke kalau duit yang kita pinjam tu makin bertambah dengan takde sebab munasabah? Aku ni baik hati nak membayar balik dengan tak perlu ko antar surat mahkamah, masuk nama aku dalam CTOS atau sebagainya. Tapi dalam aku baik gini, ko buat taik pulak ek dengan aku. Tensen aku tensen, bila bulan-bulan RM200.00 yang aku bayar tu rupanya masuk RM20.00 jek dalam kutipan hutang ko. Aku tak tau la ape servis bagus sangat yang sampai ko kena charge kat aku tu. Asal aku call nak tanya je, tak sah kalau aku tak call sampai 2 kali. 2 kali tu pun, staff ko nak angkat phone sikit punya liat. Budi bahasa jauh citer la, aku sampai dah rasa staff ko tu dulu skip kelas Pendidikan Islam untuk bab akhlak (kalo tak pun, kelas Pendidikan Moral). Nak kata pasal untuk gaji staff, duit tax payer kan ada. Ko pun under kerajaan, mintak la. Ape ke hal mintak kat orang yang membayar hutang plak ni. Tak ingat ke nabi cakap riba' tu haram? Fedap dah aku dengan ko nih. Ooo untuk pengumuman ko kata kalo budak takde akaun SSPN takleh apply PTPTIPU tu kan, here's the scoop. Anak aku nanti, aku memang takmo bukak akaun SSPN pun. Aku lagi rela aku susah payah cari duit bayar yuran anak aku daripada dia membayar riba'. Truth hurts isn't it?

Dan dengan ini, aku janji aku takkan bayar lebih daripada RM200.00 tiap-tiap bulan untuk hutang aku. Biarla walaupun time tu gaji aku dah sampai RM15,000.00 pun, aku tak peduli. Sampai ko hapuskan riba' ko ni, aku tetap akan bayar banyak tu je tiap-tiap bulan. Ko nak marah aku? Ko sendiri cakap pembayaran minimum RM100.00 pun ko terima. Aku bayar 2 kali ganda dari bayaran minimum eh, sile respek sket. Dan untuk korang yang kata aku tak kenang budi, ni aku nyer soalan. Aku ada makan budi korang ke? Takde kan? So sile dalami makna nick aku time kat universiti dulu: stfu!

4 comments:

rina said...

WTF! rm180 for the so called service charge??? servis ape yg mahal sgt sampai sebulan rm180 tu?

Hmm, aku rasa kan kmie, nnt bile ko dah ada energy balik utk view masalah ni, baik ko call or terus pegi pejabat dia, mintak dia explain and printout semua hutang ko n cek balik cara byr. gile ape dlm rm200 tu, only rm20 yg jadi bayar 'pokok'. mcm berhutang ngan Ah Long je.

Anonymous said...

this RM180 is their so-called '4% service charge'. akan berkurangan la setiap kali bayar. meaning that 4% of your current balance per month. kalau one-shot aku bayar say RM50k, then tak jadi RM180 dah la. but then I'm not that stupid nak bayar one-shot RM50k. let them suffer la treating people like this. nak sangat makan duit haram, makan aa. aku takde hal jek, hehe. akhirat tuntut balik punya, jgn risau.

rina said...

ooo, interest charge by reducing balance la ni. mcm beli umah. mula2 mmg duit tu byk kpd serve interest je, lama2 nnt dia akan shift to serve basic. lama lg tu kmie. hmm 4% interest, takde la tinggi sgt kalau nak banding pulangan if u invest your money. tul, kalau dpt 50k sejelepuk, ko simpan je.

Anonymous said...

rm20 sebulan potong pokok, setahun baru rm240, 10 tahun baru rm2400, pokok nye pokok balak, cantas nye pakai gunting lipat, isk, xkan menjadi tunggul pokok itu,
tp bile pk balik, ape je pun yg kite bleh buat,secara logiknya, mmg takkan larat nk byr abes,jd biar je lah byr sikit2,selebihnye utk manfaat diri sdiri, kalu ikutkan, loan ni mcm loan umah, so byran yg sesuai nye, mcm byr rumah lah, mau 1k gak sbulan,cume yg ni tak dpt rumah lah, dpt skrol je, tp bkan recipe wat butterfly pun, tak untung, maka, lebih baiklah ko simpan duit, buat rumahtangga, kengkurang ade gak rumah, huhu...spam...