Nov 25, 2007

k-mie At Home

Cara-cara untuk menyediakan telur dadar dan nugget ayam goreng (oleh Chef k-mie - Executive Sous Chef diri sendiri)


Telur Dadar
  1. Carik seulas bawang merah (bawang merah ni kecik je, yang besar tu dipanggil bawang besar). Amik yang kecik dah la, dalam 1cm lebar & 1.5cm tinggi. Potong dua-dua belah bawang ni (buang akar & kepala, learnt the hard way bawang tu kena buang akar dia) & buang kulit dia sekali. Kalau berselera, makan la sekali kulit-kulit tu. Potong bawang ni kepada 2, pastu dari 2 bahagian ni hiris kecik-kecik. Tapi kalau nak potong dadu ke, nak campak seketul camtu je ke, boleh jugak. Masukkan dalam satu bekas yang agak-agak muat untuk 2 bijik telur. Settle bab bawang.
  2. Carik pulak cili merah (panjang lebih kurang 4cm), buang tangkai dia (atau takyah buang, kalau lalu makan). Basuh cili ni dan hiris dalam ketebalan lebih kurang 2-3mm. Masukkan jugak dalam bekas bawang tadi tu.
  3. Amik telur 2 bijik, pecahkan dan masuk dalam bekas cili & bawang tadi tu. Amik sesudu kecik garam, masukkan dalam telur tadi. Kacau telur tadi sampai semua tu sebati.
  4. Amik kuali, letak minyak masak dalam 3 sudu besar dan panaskan sampai kuar asap. Sile bukak tingkap, sebab asap dia nanti banyak. Kalau rumah ada smoke alarm, sila offkan dulu untuk mengelakkan jiran anda memanggil bomba. Step ni boleh dibuat sebelum potong bawang & cili tadi, tapi sebab yang memasak ni newbie maka dia tak terpikir bahawa minyak ni boleh dipanaskan sementara potong bawang & cili (mengakibatkan pembaziran masa sebanyak 3 minit).
  5. Bila asap dah keluar, kecikkan api dapur ke level paling kecik sekali (baby api la kiranya). Pastu tuangkan campuran telur tadi ke dalam kuali, buat supaya telur tu sebulat yang boleh. Pastu biar jek, gi basuh pisau & bekas yang digunakan tadi dulu. Lepas siap basuh sumer tu, balikkan telur tu untuk bagi belah lagi satu tu masak jugak. Lepas 9-10 minit, boleh angkat telur tu dah. Indication untuk mengetahui telur tu dah siap, bila nampak telur tu ada tanda-tanda hangit sket.

Nugget Ayam
  • Letak minyak masak dalam 10 sudu, kalau nak agak-agak kiranya nugget ayam tu 3/4 terendam dalam minyak. Panaskan minyak tadi (refer step membuat telur untuk mengetahui minyak dah panas). Bila dah panas, kecikkan api (refer atas) dan masukkan nugget ayam sebanyak yang perut muat. Amaran: minyak akan meletup-letup sebab nugget tu baru kuar dari freezer & masih ada ais. Air + minyak yang panas = letupan. So sila bersedia dengan perlindungan diri seperti gas mask, body armour dan helmet. Bila nampak nugget dah berwarna keemasan, dah boleh angkat la tu kiranya.

1 comment:

rina said...

sungguh detail...






kahkahkah :P