Mar 30, 2012

Meine Tochter: Part 1

She was born on 20th March 2012 or 27 Rabiul Akhir 1433 in Hijri calendar at 10:00am sharp. Weight on birth was 2.58kg, blood type B+. And this is the story of a girl named Hanan Zulaikha..

Sepanjang pregnant, aku dan wifey memilih untuk mengambil program Full Payment Patient di Hospital Selayang. Kebetulan doktor gynae yang kami pilih merupakan seorang doktor pakar dan ketua jabatan di hospital tersebut, maka kami menyerahkan apa yang terbaik pada pendapat dan kepakaran dia sebagai seorang doktor dalam menentukan keputusan berhubung kehamilan ni. Diberitakan pulak, wifey merupakan seorang yang berdarah rhesus negatif. Satu keadaan yang sangat jarang berlaku di kalangan orang Asia (5% of whole Asia) dan mempunyai simptom pregnancy diabetic.

Darah rhesus negatif ini akan boleh mendatang komplikasi kepada kehamilan akan datang jika bapa berdarah rhesus positif (aku B+). Secara ringkasnya, jika sistem imunisasi ibu mengesan bahawa fetus mempunyai darah rhesus positif, satu antibodi akan dihasilkan di mana sistem imunisasi ini akan menyerang darah rhesus negatif ini. Keadaan ini akan berlaku pada kelahiran pertama di mana terdapat kemungkinan darah ibu bercampur dengan darah bayi. Maka satu suntikan dinamakan rhogum diperlukan selepas kelahiran pertama untuk memastikan antibodi tadi tidak dihasilkan di dalam badan ibu. Keadaan pregnancy diabetec ini tambah menyulitkan di mana ada kemungkinan bayi akan menjadi terlalu besar jika paras gula dalam darah tidak dikawal. Kalau dah terlalu besar, maka kelahiran secara caesaran terpaksa dilakukan dan ini akan menambahkan kemungkinan darah ibu dan bayi bercampur.

So atas nasihat doktor (selepas scan dan pemeriksaan dilakukan), wifey akan dimasukkan ke wad pada 19 Mac 2012 dan akan menjalani induced labor pada keesokan harinya. Berkampung la kami di hospital pada hari Isnin tu. Kedua-dua parents kami turut datang melawat dan mendoakan semua selamat. Pukul 4 petang, pemeriksaan oleh doktor dan ubat dos pertama dimasukkan. Kesan ubat berbeza-beza mengikut individu. Ada yang mula rasa sakit selepas 1-2 jam, ada yang hingga 2-3 hari. Kami cuma berdoa agar semuanya selamat.

Bermula tengah malam, wifey mula merasa sakit contraction. Pukul 5:45 pagi aku dah terjaga. Plan asal nak sembahyang subuh je, pukul 7 baru nak mandi. Tapi wifey pesan suruh mandi siap-siap, sebab dia dah mula rasa sakit yang kerap. So aku pun bersiap apa yang patut, dan lepas siap semayang aku temankan wifey sambil tolong kuatkan semangat dia yang tengah sakit. Habis la segala selawat, istighfar, ayat Kursi, doa Nabi Yunus a.s aku bacakan (kalau la aku ni hafiz, maunye khatam la agaknya hihi). Dalam pukul 8, makan pagi dihantar. Aku masa tu dah pikir, "boleh ke nak makan tengah-tengah sakit ni?". Tapi aku suap la jugak 3-4 sudu nasi goreng tu kat wifey, sebab pikir tengah bersalin nanti perlukan tenaga. Kalau tak makan, mana nak datang tenaga pulak. Wifey pun sanggup tahan sakit untuk telan nasi goreng tu. Pastu aku buatkan air milo sambil cicah roti gardenia, suap sikit-sikit.

Dalam 8:30 camtu doktor junior datang untuk check. Wifey masa ni dah sakit sangat, sian pulak aku tengok. Suppose masa ni diorang dah kena bagi sedation sebab memang sakit sangat, tapi diorang tak berani nak buat keputusan atas sebab wifey adalah patient kepada ketua jabatan diorang dan diorang taknak simply buat keputusan tanpa consult doktor pakar tu dulu. Sudahnya bila doktor pakar tu datang, semua yang dalam bilik tu kena marah. "Patient is in pain, kenapa tak bagi sedation? Nak tunggu sampai bila? Kat sini semua lambat, sebab tu saya tak suka. Dah, bawak patient pegi labour room." So tak lama lepas tu, datang nurse bawak wheelchair untuk bawak wifey pegi labour room.

Sampai kat labour room, aku disuruh tunggu kat luar dulu sementara diorang dapatkan bilik bersalin yang kosong dan siapkan wifey. Kebetulan kat luar tu aku ternampak poster untuk derma darah tali pusat, so aku tanya dengan nurse yang kat kaunter tu prosedur untuk derma memandangkan aku takde nak guna pun darah tu. Daripada buang camtu je, baik derma kepada yang memerlukan. Nurse tu tak berapa pasti, so dia panggil sister dia untuk explain. Sister tu kata boleh derma kalau bersalin caesar je, memandangkan wifey bersalin normal so tak dapat la nak derma. Ok la, dah prosedur camtu nak buat camne kan. Aku duduk jela balik kat kerusi tu tunggu dipanggil masuk. Sambil-sambil tu call mak aku tanya dia kat mana, sebab dia datang jugak nak sambut. Dia kata dah sampai, tapi tengah cari parking. Lega sket hati.

Lebih kurang setengah jam lepas tu, aku dipanggil masuk ke dalam bilik bersalin (bilik 5). Masuk-masuk je aku nampak wayar dah berselirat kat badan wifey (lepas keluar baru tau tu wayar untuk monitor jantung ibu dan baby). Masa tu tengah kecoh-kecoh, dengan ada sorang doktor perempuan dok mintak tandatangan wifey untuk kebenaran menjalankan pembedahan dan kebenaran pemindahan darah. Dalam kepala aku masa tu ada dua je. Satu, prosedur kut mintak sign awal-awal in case kena operate. Dua, apa ke bengong orang tengah sakit ko mintak sign. Awal-awal taknak mintak ke? Sekali aku dengar doktor tu kata, "Ok siap, bawak pegi operation theatre. Jangan lambat-lambat, bahaya ni." At this point of time, dalam kepala aku hanya ada, "dafuq has happened???? operation theatre?"

Lepas tu aku tanya doktor tu, kenapa bawak pegi operation theatre. Doktor tu mintak maaf lupa nak explain kat aku. Dia kata wifey terpaksa caesar sebab baby dah berak kat dalam dan condition ni akan membahayakan baby. Masa tu aku rasa jantung macam nak gugur dan otak jadi blank. Good thing aku bukan jenis cepat panik, so aku cakap dengan doktor tu aku nak masuk jugak dalam operation theatre. Tapi dia kata tak boleh, sebab prosedur tak membenarkan visitor berada di dalam operation theatre. Masa ni telinga aku dah berasap dan pertama kalinya sejak wifey admitted, aku menggunakan kuasa aku sebagai FPP scheme customer. Aku cakap aku demand nak masuk dalam operation theatre untuk teman wifey. Dia agree dan kata dia kena tanya pakar bius dan doktor pakar kami dulu. So wifey dibawa ke ruang buffer antara labour room dan operation theatre. Dalam hati aku memang tak lepas berdoa moga semua selamat. Tak lama lepas tu, doktor tadi datang. Dia bagitau pakar bius dan doktor pakar tak bagi aku masuk atas sebab aku tak prepare lagi dan akan melambatkan procedure. So aku pasrah. Aku salam wifey, cium dahi dan tangan dia, cakap aku tunggu dia dan baby kat luar.

Keluar je dari situ, aku call mak bagitau pasal apa yang dah berlaku. Mak aku terkejut sebab tiba-tiba kena caesar. Dia dah on the way ke labour room, bapak aku tinggal untuk cari parking (note: parking di sini memang agak susah, kena double park pastu lepaskan handbrake & freekan gear. for non-stick-shift fellas, letak gear kat N). So sementara tunggu mak aku sampai, aku dok kat koridor sambil mundar-mandir. Air mata dah mengalir keluar dah pun. Terus terang aku cakap, masa ni aku memang berdoa minta-minta wifey dan baby selamat. Kalau terpaksa ambil salah sorang, biarlah wifey yang selamat. At least baby tu aku akan jumpa di syurga nanti insya Allah. Then aku cool down, aku yakinkan diri yang doktor tu akan lakukan yang terbaik mengikut kepakaran dan pengalaman dia.

Aku teringat balik pasal nak derma darah tali pusat tu. So aku tanya balik dengan sister tadi since wifey memang nak kena caesar pun. Dia kata kalau nak, kena inform sebelum procedure start sebab diorang nak prepare equipment. Aku cakap confirm derma, dengan niat mudah-mudahan darah tu boleh membantu sapa-sapa yang memerlukan. So sister tu call operation theatre nak inform pasal permintaan aku.

Tiba-tiba aku dengar sister tu cakap, "Normal? So tak caesar la?" Masa ni aku dah blank. Ni cakap pasal wifey ke, cakap pasal orang lain. Pastu aku nampak sister tu letak telefon dan dia senyum. "Maaf la encik, tak boleh nak derma. Sebab isteri encik bersalin normal, tak sempat caesar baby dah keluar. Semuanya selamat."


Bersambung bahagian kedua sebab aku dah penat menaip :D

Jan 4, 2012

Bipolar?

Ok, simple question. Awat kalau dok kat luar, ko pakai tudung. Tapi bila dalam blog, slamber pulak post gambar ko tak pakai tudung? And at the same time, citer pasal aurat bagai. Care to explain?

Dec 27, 2011

Checklist 2011

[DONE]
- bawak wifey pegi honeymoon
- ada rumah sendiri
- dapat manage project sendiri
- potong credit card (finally..)

[YET]
- ada kete
- ada saving yang best
- tukar henpon (dah lama sangat *sob sob*)
- improve diri sendiri (sangat-sangat belum)

[TO BE]
- ada baby (insya allah next year yey!)

Dec 9, 2011

Annual Event

** mode kepenatan sebab baru pas travel ke 3 negeri (Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka) semata-mata untuk meeting. pagi subuh bertolak, sampai tempat meeting, meeting, makan, balik KL. tahun depan aku nak mintak full body medical check-up allowance dari bos. **

Aku ni dok tunggu e-mail dari Utopia Temple. Selalunya ada diorang e-mail, tahun ni takde pulak. Ke ID aku kat forum tu dah kena delete. Jobstreet dah e-mail dah semalam, sehari awal macam biasa. Celcom pulak 2 hari awal dah wish. Mak antar SMS kul 6:20 pagi tadi. Wifey wish sebelum gi keje & bagi suprise (suprise la kut, buat-buat terkejut hehe).

Thank you all.

Update: Utopia Temple does not forget me **happy mode**

Oct 18, 2011

Citer Pasal Pregnancy, Keje dan Sebagainya

i. Pregnancy
Wifey dah pregnant 18 minggu. So far so good, takde banyak ragam sangat macam cerita-cerita orang lain. Ada yang dengarnya sampai muntah-muntah, loya bagai. Morning sickness la ape la. Tapi wifey elok je setakat ni, just hat selalu kena sakit kepala. Which is not entirely new. Sebelum pregnant pun selalu je kena sakit kepala tu, so bukan benda baru la pada aku. Cuma risau sket sebab dia kena diabetes. Doktor cakap, memang ada keadaan di mana masa pregnant ni ibu boleh kena diabetes. So kena la kawal pemakanan skang, takleh lebih sangat gula dalam darah. Reason takut nanti baby tu besar sangat. Kalo dah besar, of course la kena caesarean. Tu nak dielakkan la kalau boleh. Satu sebab bil mahal (haha, concern!). Pastu sebab leceh di kemudian hari. Pikir tak rasa sakit tu memang la, tapi takutnye banyak hal berbangkit kemudian. Wifey pun rasanya nak bersalin normal kut. Ke tak ek?

Tambah pulak dengan isu darah rhesus negatif dia. So nak kena standby injection bagai, taknak badan dia develop antibodi in case baby nanti darah rhesus positif. Hari tu dah buat dah checkup kat klinik kerajaan. Pastu bila timbul isu pasal diabetes ni, jadi susah pulak. Sebab kena selalu pegi, dalam sebulan tu tah ke 4-5 kali kena gi klinik. Takut nanti HR bising la pulak asyik cuti jek, so plan nak tukar gi checkup kat private jek. Baru 2 kali check kat private, doktor tu pulak advise suruh continue balik kat klinik kerajaan. Diorang kata sebab isu diabetes & rhesus ni, kerajaan lagi advance dan ada expertise nak handle. Tah ye ke tidak, aku rasa sebab diorang takmo amik risiko. Caye sangat la dengan swasta ni, pikir duit je yang lebihnya. Aku swasta jugak, aku tau la. Hahaha. Tak kisah la, janji ibu ngan baby selamat.

Semalam gi Hospital Selayang, sebab nak register untuk dapatkan injection rhesus tu. Jumpa doktor ada la 2 minit je, nak menunggu turn tu punya la kemain lama. Aku dah ngantuk tersengguk-sengguk dah tunggu. Masa nak balik tu nampak pulak banner pasal Full Paying Patient (FPP) scheme. Basically means, bayar sama macam hospital swasta tapi menggunakan hospital kerajaan. Boleh pilih sendiri doktor pakar yang mana kita nak, nurse yang disediakan pun yang terlatih, bilik sorang-sorang jek, waktu melawat anytime tak mengikut waktu melawat wad biasa. Pikir-pikir pun, alang-alang dah memang wifey kena bersalin kat situ, nak amik je kut scheme ni. Berhabis sikit takpela, janji dia selesa. Belum register lagi, so tak tau sangat butir-butir dia.

So far, dah 4 kali kut aku teman wifey gi checkup. Takde mende sangat pun, banyak duduk je menunggu. Time dia kena masuk jumpa doktor, aku dok je kat luar. Nasib bawak laptop, so sambil tunggu tu kut ada mende urgent ke hal opis boleh aku on laptop jap. Nasib baik gak dapat bos yang jenis memahami, so kalau cakap nak masuk lambat sket tu dia ok jek. As long as keje siap, sudah. Ikutkan semalam pun ada last minute meeting dengan client yang aku kena attend, tapi bos cover. Tau bos tak baca pun blog ni (macam la ada orang lain baca pun..), tapi camne pun nak ucap terima kasih jugak sebab bagi permission masuk lambat. Kesian jugak tengok ibu-ibu yang datang checkup sorang jek. Bosan gile menunggu lama camtu. Aku penah gak miss teman wifey checkup, so rasa bersalah la jugak. Nak wat camne, kengkadang tu ada mende yang urgent sangat kat opis yang aku takleh tak datang. So nasihat kepada kaum bapa yang lain tu, teman la isteri pegi checkup. Bak kata member opis, time sedap nak sama-sama. Time sakit tinggal jek isteri sorang-sorang. Hihi..

ii. Keje
Aku naik pangkat sket. Ye ke naik pangkat. Rasanya sama jek pangkat tu. Keje je yang bertambah, huhu. Officially, aku diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk menguruskan 2 projek baru. In other words, "Saya Kimi, Project Manager dan contact person untuk projek ni" akan menjadi ayat lazim aku hahaha. Riak melampau, tak baik. Alhamdulillah jugak, sebab bos percaya kat aku untuk manage mende ni. Projek kecik, tapi hopefully akan jadik batu loncatan untuk aku manage projek medium atau high scale lepas ni. Bohong jugak la kalau tiba-tiba je bos suruh manage projek besar. 

Memang aim aku dari dulu pun nak masuk IT management, so dah terbukak langkah sket la di situ. Lepas 2 projek yang ni abis, kalau outcome dan feedback client bagus aku ingat nak mintak bos sponsor aku amik certification PMP. At least bila dah ada cert tu, senang sket nak dapat tender yang lagi besar. Hopefully la, tengok camne. Kalau tak pun, aku amik jela sendiri. Keluar duit sikit takpe la kut, melabur untuk masa depan. Mana tau pasni rezeki kat company lain ke hahaha, bila ada cert tu laku sket nak demand. Ceh takmo-takmo, aku nak maintain kat sini at least 2 tahun lagi. Banyak benda aku boleh belajar kat sini, rugi kalau tinggalkan. Well unless kalau company lain offer 2 kali ganda gaji la. Yang tu bodo pulak kalau tak grab huhuhu..

iii. Sebagainya
Nak ucap tahniah kat Parid sebab baru jek dapat kunci rumah baru dia. Tapi aku still merajuk sebab dia tak inform aku pun bila dia nak beli rumah tu dulu. Skang dengar citer value rumah dia dah almost sekali ganda dari harga beli. Gile apa, kalau jual tu boleh terus settlekan loan dengan ada duit berlebih banyak gile untuk buat downpayment beli rumah lain. Camni aa member, simpan sorang-sorang jek. Putus sahabat, hahaha. Gi melawat umah dia dalam 2 minggu lepas. Nice jugak ah, sambil tengok kontraktor buat keje. Pastu bagi input berguna pasal kat mana nak drill, apa nak ditukar etc. Overall, puas ati & tumpang happy dengan rumah dia.

Tahniah jugak kat Azhar & Rina, sebab baru jek dapat baby minggu lepas. Aku tunggu baby dah besar sket baru nak gi melawat. Awal-awal ni baby fragile lagi, antibodi tak kuat. Ramai sangat melawat kang, macam-macam kuman ada. Agak-agak dah sebulan lebih ke, pegi la tengok. Pasni bertambah la list ahli geng ikan bakar hehehe..


*ditaip berlatarbelakangkan pemandangan KLCC dan hujan yang baru reda*