Saje blogging dalam BM. Malas sebenarnya nak memikirkan grammar. Kalau ikutkan memang la grammar kena perfect kan. Ah tapi pedulikan, bukannya yang membaca blog ni tak paham BM. Tapi kut la ada yang tak paham BM, sile-sile la blaja BM. Bleh gak menambah penguasaan bahasa, ahaha..
Hujung minggu lepas aku melepakkan diri ke Melaka. Dok umah Izma selama 1 malam. Oo jangan silap paham ye. Beliau tinggal bersama family beliau, mak bapaknye ada sama. Maka janganlah anda berprasangka bukan-bukan mengatakan aku dan beliau ber*toot* di rumah sewa atau sebagainya. Tak kelas aa buat kat rumah sewa. Alang-alang nak, pegi la Concorde ke Shang-ri La ke. Baru berbaloi, hahaha. Ceh lari topik lak.
Entry ni benarnye nak citer pasal satu kedai makan seafood yang kitorang pegi Sabtu malam tuh. Nama kedai makan tu Seri Muara Seafood, dekat-dekat kawasan Alai Crystal Bay. Kira kalo dari Bandar Melaka tu, korang jalan stret jek menghala ke Muar. Nanti pas ada satu jambatan, akan ada tulis Alai Crystal Bay belah kanan korang. Masuk dalam tu (jalan dalam ni macam jalan citer antu sket, gelap) sampai korang jumpa deretan rumah banglo belah kanan. Masuk simpang kanan tuh, pastu terus jek jalan ke depan. Akan ada banyak kedai-kedai seafood kat situ. Yang belah depan sekali ni kitorang dah try dulu. Sedap tu sedap la, tapi masa kitorang pegi tu spoil sebab nasik dia abis. Kena tunggu dekat 2 jam untuk nasik masak. Ikut hati masa tu nak makan lauk je, tapi mengenangkan perut tak jumpa nasik lagi so tahan je la. Kedai yang aku nak citer ni kat dalam lagi, korang lintas ada satu jambatan kecik (muat-muat 1 kete jek). Nanti akan jumpa 1 lagi kelompok kedai makan, kat situ la Seri Muara Seafood.
Pesal aku beria nak citer pasal kedai ni? Sebabnye ialah, kat sini tekak aku dengan sangat 'heaven'nya telah dapat merasa isi ketam goreng berlada yang tobat sangat sedap. Manis ya amat isi ketam tuh, beza gile dengan ketam yang aku makan kat KL nih. KL punya sedap tu sedap la jugak, tapi isi dia tak semanis yang fresh dari laut. Asalnya kitorang order nasik putih 2 pinggan, sudahnya makan lauk jek. Tak makan nasik dah, meratah lauk saje. Malam tu makan siakap masak 3 rasa, ketam goreng berlada dan sotong goreng tepung. Overall, ikan tu standard rasa kat mana-mana (ada tempat lain yang lagi sedap dari situ, kat KL pun ada), sotong goreng tepung tu buat ilang selera aku je (tak sedap la tu), tapi ketam goreng berlada tu memang penyelamat maruah planet Bumi betul. Naik balik selera sebab ketam tu punya pasal, ehehe. Kena plak Izma dgn baik atinya telah mengkopek ketam-ketam tersebut dan bagi aku isinya saja. So aku cuma perlu amik ngan sudu, pastu sumbat dalam mulut. Ikut ati, nak soh dia suapkan sekali haha. Siyes ah, bagi aku kesedapan dia memang menjilat *toot*. Kalau citer Yakitate tu, aku ni dah jadi macam ketam yang Kawachi buat tu kut. Yang Kuroyanagi makan tuh, sampai takleh keluar tangan dia dari poket. Camtu la sedap ketam tu bagi aku.
Dan pastu kitorang gi tengok midnite lak kat Mahkota Parade. Citer Spiderman 3, kul 1 pagi. Perut dah la kenyang, dok lak dalam aircond. Sib baik la citer agak menarik (walaupun meleret jalan citernye), kalau tak sah aku tido. Itu pun dah tertido jugak sikit-sikit. Memandangkan aku ni bukan la hantu Spiderman sangat, so takde la aku terlampau teruja nak tengok pun. Tak tengok pun, takde effect pada aku rasanya. Hape Spiderman boleh keluar web lak kat tangan. Tengok Batman tu, sumer gadget-gadget yang realistik. Tu baru la superhero sejati namanya. Setakat keluar web buat apa, kalau boleh keluarkan World Wide Web takpe la jugak. Abis Spiderman dalam kul 3:30. Beratur tunggu lif, bayar parking sumer, kul 4 pagi sampai rumah. Sampai rumah dah gelap gelita, sumer orang dah tido. Aku lak dah memang mamai tahap gile, so pas tukar baju tu bentang tilam & slamat ke alam tidak realiti la jadinya.
Abis weekend aku sudahnya..
[addition]
Glory-glory Man United hahaha. Thanks a lot Arsenal.

4 comments:
memang lah sedap makan ketam andai isinya dikopekkan org.. huhuhu
ntah nye...kalu ketam kat KL ni, cube ko jgak yg kopek, Izma, sah2 die kate sedap jgak...tp kalo ko rase nk jahat sket, ko korek idung dlu...musti pastu die kate lg sedap ketam tu berbanding yg kat Melaka tuh...nguhuhuhuhu
ko dengki ni nape parid. takde orang nak kopekkan ketam untuk ko ek kalo ko gi makan seafood? siannye, carik la orang tu yek..
mmg takde,xpe la, aku kopek sdiri, jari ade sploh,xkan semua penuh suap mulut, lgpun tanak kasi jari jemari lembut itu terluka dek ketam. awww~~
p/s:Aku lebih senang mencari org yg sudi taruk ubat kat jari yg luka kopek ketam, dari mencari org yg sudi kopek ketam utk aku, huhu, setiap org ada cara masing2 utk menunjukkan sayang mereka, dan tiada satu cara sekalipun yang salah.
Demm, bile nk ajak aku gi mkn ketam situ....mcm sedap la plak..isk...
Post a Comment